the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis buru tiga lelaki pecah masuk rumah curi wang asing

Polis memburu tiga lelaki yang memecah masuk rumah di Jasin, mencuri wang tunai mata wang asing bernilai RM1,500 selepas kejadian dirakam CCTV.

JASIN: Polis memburu tiga lelaki yang memecah masuk sebuah rumah dan mencuri wang tunai pelbagai mata wang asing bernilai RM1,500 di Taman Anjung Gapam di sini.

Ketua Polis Daerah Jasin Superintenden Lee Robert berkata kejadian berlaku pada 9.20 malam tadi dan turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Pemilik rumah berusia 37 tahun itu menyedari kejadian menerusi notifikasi CCTV ke telefon bimbitnya ketika dalam perjalanan pulang.

“Wanita itu melihat dua lelaki memecah masuk ke dalam rumah manakala seorang lagi di luar rumah menyebabkan dia menghubungi Balai Polis Bemban,” katanya.

Anggota unit kereta peronda MPV yang mengiringi mangsa mendapati laci almari di bilik utama terbuka.

Wang tunai mata wang China, Indonesia, Thailand dan Korea didapati hilang.

Suspek didapati mengumpil jeriji besi dan pintu kayu bahagian depan rumah.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Muhammad Fadzlan Fitri Mis menerusi talian 018-3511594.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Casa Minerals Inc. Announces Non-Brokered Private Placement Raising $800,000

ancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - January 14, 2026 - Casa Minerals Inc. (TSXV: CASA) (OTCQB: CASXF) (FSE: 0CM) (the "Company" or "Casa") is pleased to announce a non-brokered private placement financing (the "Offering") for aggregate gross proceeds of $800,000.
spot_img

Popular Categories