the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Seruan pembaharuan dominan penutup Perhimpunan Agung UMNO

Ketiga-tiga sayap UMNO menyeru pembaharuan parti termasuk peluang calon wanita dan pengukuhan jentera akar umbi menjelang pilihan raya.

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2025 ditutup dengan seruan kuat untuk pembaharuan dalam parti berusia hampir 80 tahun itu.

Ketua Puteri UMNO Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menyeru proses pembugaran UMNO dimulakan segera.

Beliau mahu peluang bertanding diberikan secara adil kepada kepimpinan muda dan wanita di kerusi berpotensi menang.

“Puteri layak diberi peranan yang bermakna dan strategik dalam parti,” katanya ketika menggulung perbahasan.

Beliau mencadangkan pengumuman calon dibuat lebih awal bagi membolehkan pengundi mengenali mereka.

Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menekankan wanita perlu melengkapkan diri dengan kemahiran.

Beliau berkata wanita harus dipilih atas merit, bukan semata-mata kerana jantina.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berikrar melakukan segala upaya memastikan UMNO kembali dominan.

“Kini bukan lagi masa kita jual sejarah, tapi perlu mula bekerja untuk menjual masa hadapan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berjanji akan lebih kerap turun ke setiap bahagian untuk memperkemas jentera parti peringkat akar umbi.

Usaha itu sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 dan cabaran politik mendatang.

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology to host live investor webinar and Q&A on January 28

Gorilla Technology will host a live investor webinar on January 28, where its leadership team will discuss recent milestones, strategy and growth outlook, followed by a Q&A session with investors.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories