the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 17, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan perkukuh strategi komunikasi untuk sampaikan maklumat berkesan

Kementerian Komunikasi perkasakan jentera komunikasi kerajaan, tekankan penggunaan bahasa mudah dan sesuai konteks untuk capai kumpulan sasaran.

CYBERJAYA: Kementerian Komunikasi akan terus memperkasakan komunikasi kerajaan bagi memastikan maklumat dasar, program dan bantuan disampaikan dengan jelas, tepat dan mudah difahami.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata penyelarasan jentera komunikasi kerajaan turut diperkukuh melibatkan pegawai penerangan, pegawai perhubungan awam dan Unit Komunikasi Korporat di semua kementerian dan agensi.

“Kadangkala, sekiranya kita mempunyai sesuatu produk atau perkhidmatan tetapi kumpulan sasaran tidak mengetahui kewujudannya, maka di situlah berlakunya masalah komunikasi,” katanya selepas menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Penerangan.

Fahmi menekankan kejelasan penyebaran maklumat amat penting khususnya bagi program bersasar seperti Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah, MySalam dan bantuan awal persekolahan.

Beliau berkata penggunaan bahasa yang mudah, bersahaja dan sesuai dengan konteks setempat penting bagi mengelakkan jurang kefahaman.

“Arahan saya kepada mereka (warga JAPEN) ialah bahasa yang digunakan mesti berpijak di bumi yang nyata. Di Perlis, mungkin penyampaian perlu menggunakan ayat dan pendekatan yang berbeza,” jelasnya.

Beliau menambah pendekatan juga perlu berbeza untuk komuniti Cina, India dan kelompok suku kaum tertentu agar bahasa yang digunakan tepat dan sesuai.

Fahmi turut menzahirkan harapan agar Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak dapat diaktifkan sebagai pusat latihan strategik bagi melahirkan key communicator kerajaan.

“Ia khususnya dalam kalangan pegawai JAPEN, PRO dan UKK agar isu-isu sebelum ini dibangkitkan oleh Perdana Menteri dapat diuruskan dengan pantas dan menyeluruh,” katanya.

Dalam amanatnya, Fahmi memaklumkan satu kajian mendapati golongan muda berusia 18 hingga 35 tahun paling banyak menerima maklumat melalui media sosial seperti Facebook, TikTok dan WhatsApp.

“Kumpulan ini bukan sahaja merangkumi hampir separuh daripada pengundi, malah merupakan pengguna utama produk dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam negara,” katanya.

Beliau mengingatkan kerajaan dan jentera penerangan agar lebih bersedia dan tidak bergantung kepada pendekatan lama.

Selain itu, penggunaan ciri audio WhatsApp turut disaran sebagai kaedah berkesan khususnya bagi memudahkan penyampaian mesej kepada masyarakat yang kurang gemar membaca.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories