the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 17, 2026
25.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan Selangor belum ada tapak alternatif selain Bukit Tagar untuk ternak babi

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata tiada lagi lokasi dikenal pasti sebagai alternatif kepada Bukit Tagar untuk pemindahan ladang babi.

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor masih belum mengenal pasti lokasi alternatif bagi menggantikan Bukit Tagar sebagai tapak baharu pemindahan ladang ternakan babi berpusat.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan negeri kekal terbuka untuk perbincangan bagi memastikan pelaksanaan sistem ternakan yang lebih teratur.

“Setakat ini belum ada (lokasi alternatif) kami akan terus mengenal pasti dan menyemak semula lokasi lain sekiranya terdapat keperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan 37 badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum bantahan berhubung rancangan pemindahan ladang berkenaan.

BACA: Kerajaan tidak halang Selangor laksanakan ternakan babi moden di Bukit Tagar

Amirudin berkata kerajaan negeri memahami kebimbangan masyarakat, namun menumpukan usaha untuk menutup kawasan penternakan yang tidak terurus.

“Sistem yang dicadangkan berkonsep sifar pelepasan dan kami akan melaksanakannya dengan segera,” katanya.

Beliau menambah langkah itu selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya kawasan berkenaan ditutup demi menjaga sungai dan alam sekitar.

Kerajaan negeri sebelum ini memutuskan untuk mempercepatkan pemindahan ladang ternakan babi di Kuala Langat dan Sepang ke pusat ternakan moden di Bukit Tagar. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories