the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa banjir di Sabah meningkat mendadak kepada 1,243 orang

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah melonjak mendadak apabila seramai 1,243 orang daripada 375 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan setakat jam 4 petang ini berbanding 392 mangsa daripada 126 keluarga pada 8 pagi tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, daerah Beaufort menjadi lokasi terbaru terjejas apabila 116 mangsa daripada 38 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan kekal (PPK) Selagon.

Sementara itu, daerah Sook kekal mencatat angka tertinggi apabila 1,127 orang daripada 337 keluarga kini berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak banjir melanda kawasan berkenaan.

Antara PPS terlibat ialah Dewan Datuk Ellron Agin yang menempatkan 494 mangsa, Dewan Masyarakat Sook (241), Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (206), Dewan Kampung Ansip Tengah (117) dan 69 mangsa di Balai Raya Kampung Molosok Dalit.

“Setakat ini, sebanyak sembilan kampung di Sook dan dua kampung di Beaufort terjejas akibat bencana banjir yang melanda sejak semalam,“ kata kenyataan itu.

Dalam perkembangan sama, Sipitang turut dilaporkan mula dinaiki air, menjadikannya antara daerah baharu yang kini berdepan musibah banjir.

Sebuah PPS dibuka di Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berampah, namun proses pemindahan masih berlangsung dan jumlah mangsa sedang dikemas kini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings