the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas ketua pegawai eksekutif direman bantu siasatan tuntutan palsu RM360 juta

KUALA LUMPUR: Bekas ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat direman tiga hari hingga Isnin ini, bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu bernilai kira-kira RM360 juta.

Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Eleanor Mako Timothy selepas membenarkan permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Menurut sumber, lelaki berusia sekitar 40-an itu ditahan kira-kira 11 malam semalam, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu, bagi membuat tuntutan berjumlah kira-kira RM360 juta yang menggunakan dana sukuk dalam projek pembinaan lebuh raya bernilai kira-kira RM1.30 billion,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Zainul berkata empat individu masing-masing tiga lelaki dan seorang wanita termasuk seorang bergelar Datuk Seri berusia antara 50-an hingga 70-an yang direman pada Rabu lepas, berkait kes sama telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings