Kesihatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berada pada tahap yang memberangsangkan, membolehkan beliau meneruskan semua tugasan rasmi seperti dijadualkan.
KUALA LUMPUR: Kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada pada tahap yang memberangsangkan.
Keadaan ini membolehkan beliau meneruskan semua tugasan rasmi seperti yang dijadualkan.
Keputusan itu diperoleh selepas pemeriksaan kesihatan berkala yang dijalani Anwar di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang.
Pengarah HSIS Dr Farique Rizal Abdul Hamid memaklumkan perkara itu dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan itu mencerminkan komitmen berterusan Perdana Menteri untuk memastikan tahap kecergasan dan kesejahteraan diri sentiasa terpelihara.
Ini bagi menjamin keupayaan beliau memimpin negara dan menunaikan amanah kepada rakyat dengan penuh kesungguhan.








