the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, January 18, 2026
21.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

KSN tegaskan kepatuhan tatacara kunci perolehan kerajaan

Ketua Setiausaha Negara menegaskan kelemahan perolehan kerajaan berpunca kegagalan patuh tatacara, meskipun Kementerian Kewangan sediakan fleksibiliti, dengan garis panduan akan diperketat.

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menegaskan kelemahan dalam proses perolehan kerajaan berpunca daripada kegagalan mematuhi tatacara yang ditetapkan.

Beliau berkata ketidakaturan itu bukan disebabkan sistem semata-mata, tetapi kerana ahli Lembaga Perolehan, Jawatankuasa serta pegawai tidak memahami sepenuhnya tatacara dan roh perolehan.

“MoF dah buat banyak fleksibiliti dalam perolehan, tetapi walaupun begitu kena pastikan setiap tatacara perolehan itu perlu dipatuhi,” katanya kepada media selepas program KSN Media Strike Challenge 2026 di sini.

Beliau menambah kelemahan lazimnya berpunca daripada kurangnya kefahaman terhadap tatacara serta kelemahan dalaman pegawai sendiri.

Justeru, Shamsul Azri berkata Kementerian Kewangan akan memperketat lagi garis panduan perolehan bagi semua kementerian dan badan berkanun untuk mengelak ketirisan.

Tindakan itu menyusul kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu.

Beliau mengumumkan semua keputusan perolehan membabitkan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia serta agensi berkaitan yang terkait dengan isu rasuah, dibekukan sementara.

Pembekuan itu dilaksanakan sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata kementeriannya sedang mendapatkan maklumat serta penjelasan lanjut berhubung arahan terbabit.

Kementerian Pertahanan juga sedang meneliti langkah penambahbaikan proses perolehan bagi memperkukuh tadbir urus.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories