the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

“Hebat” kata Rexy atas prestasi juang Pearly-Thinaah di final Terbuka Indonesia 2025

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Badminton Beregu Negara Rexy Mainaky berkata hanya satu perkara boleh menggambarkan prestasi pasangan beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah di final Terbuka Indonesia 2025 di Jakarta semalam, iaitu “hebat”.

Walaupun gagal merangkul gelaran juara, Rexy tetap gembira melihat usaha pasangan nombor empat dunia itu yang menikmati permainan dan kekal fokus, ketika berhadapan pasangan nombor satu dunia dari China Liu Sheng Shu-Tan Ning, di venue ikonik Istora Senayan.

Pearly-Thinaah memberi saingan sengit kepada pilihan utama itu dalam pertarungan mendebarkan selama satu jam 29 minit sebelum tewas 25-23, 12-21, 19-21.

“Satu sahaja perkara yang saya boleh katakan iaitu prestasi mereka memang hebat,” katanya kepada Bernama.

Sebagai naib juara, Pearly-Thinaah membawa pulang USD50,750 (kira-kira RM215,000) manakala Sheng Shu-Tan Ning sebagai juara meraih USD107,300 (sekitar RM454,000).

Walaupun keputusan semalam menyaksikan Liu Sheng Shu-Tan Ning kini melebarkan rekod pertemuan dengan 8-3, prestasi terbaharu Pearly-Thinaah menunjukkan jurang antara mereka semakin mengecil.

Sementara itu, pakar beregu dari Indonesia itu turut gembira dengan pencapaian keseluruhan wakil beregu negara lain dalam kejohanan Super 1000 tersebut.

“Kesemua pemain beregu kita bermain dengan sangat baik dalam Terbuka Indonesia,” katanya.

Daripada tujuh pasangan beregu negara lain yang bertanding di Terbuka Indonesia, dua pasangan berjaya mara ke separuh akhir iaitu beregu lelaki Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Pada Sabtu, Wei Chong-Kai Wun tewas kepada pasangan tuan rumah Sabar Karyaman-Moh Reza Isfahani dengan keputusan 18-21, 21-12, 18-21, manakala Tang Jie-Ee Wei pula disingkirkan pasangan Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, dengan keputusan 23-21, 15-21, 11-21.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

ZTE Expert David AN Shares TCO-Optimized AI Factory Vision at Data Centre World Singapore...

SINGAPORE – Media OutReach Newswire – 13 October 2026 – at Data Centre World (DCW) Singapore 2026, David AN, Director of ZTE CTO Group, delivered a keynote titled “From Data Center to AI Factory, TCO-Optimized AIDC” in the DCW Keynote Theatre.

VinFast announces special incentives for new electric motorcycle showrooms in Indonesia and the Philippines,...

MANILA/JAKARTA – Media OutReach Newswire – 13 October 2026 – VinFast has announced a special incentive package of up to US$60,000 for each new electric motorcycle showroom opened by its dealer partners in the Philippines and Indonesia.

Fischer Etablishes New Malaysian Subsidiary, Reinforcing Its Commitment to Customers Across Malaysia

PETALING JAYA, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 13 October 2026 – Having served customers in Malaysia with German-engineered solutions and services for more than a decade, fischer has now established a local subsidiary to provide more tailored solutions and enhanced customer support throughout the entire project lifecycle—from planning and design through to construction and completion.

Most Viewed

spot_img