the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, January 18, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Anwar hadiri taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama ahli parlimen

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hadiri taklimat prapersidangan Dewan Rakyat di Kompleks Seri Perdana, persidangan bermula esok dengan titah Agong.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.

Jemaah Menteri, Ahli Parlimen serta ketua-ketua jabatan kerajaan mula tiba seawal 1.30 tengah hari.

Antara yang hadir ialah Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 akan bermula esok dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Selain pembentangan usul Menjunjung Kasih, persidangan selama 20 hari itu turut menyaksikan perbahasan usul selama tujuh hari mulai 20 Jan.

Sidang kemudian diteruskan dengan sesi jawapan oleh menteri bermula 4 hingga 10 Feb.

Persidangan diteruskan dengan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) dan urusan kerajaan lain bermula 11 Feb hingga 3 Mac.

Beberapa RUU baharu dijangka dibentangkan, antaranya bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak lebih 10 tahun.

RUU berkaitan pemisahan kuasa Pendakwa Raya dengan Peguam Negara juga dijangka dibentangkan.

Perdana Menteri pada 5 Jan lepas mengumumkan perkara itu sebagai antara langkah reformasi institusi.

Anwar berkata RUU lain termasuk RUU Ombudsman 2025 dan RUU berkaitan Akta Kebebasan Maklumat.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories