the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

“Itu jalan pertama dan terakhir” – Abang reda pemergian adik sekeluarga

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

IPOH: “Itulah jalan pertama dan terakhir akan dilaluinya,” demikian luahan pilu Muhammad Ridzuan Ishak, 33, abang kepada seorang daripada lima mangsa yang maut dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 7, Jalan Jerantut-Maran, Pahang, tengah malam tadi.

Adiknya Muhammad Ikmal, 26, yang juga anak keenam daripada tujuh beradik, maut bersama isterinya, Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, dan tiga adik iparnya.

Muhammad Ridzuan, yang bekerja sendiri, berkata dia kali terakhir bertemu arwah adiknya itu pada Rabu lalu di Taman Malar, Tambun, Perak ketika semua adik-beradik berkumpul.

“Arwah memang periang dan sangat disenangi keluarga. Malam kejadian, saya sempat lihat status WhatsApp yang dimuat naiknya kira-kira 10 malam… dia kata itu jalan pertama dan terakhir buatnya. Tak sangka itu petanda,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Menurutnya, dia menerima berita menyayat hati itu kira-kira 1.30 pagi melalui panggilan telefon daripada abang kepada isteri adiknya.

“Pada mulanya saya tidak percaya, namun selepas dimaklumkan secara terperinci, saya tergamam dan tidak mampu berkata apa-apa.

“Pada asalnya, keluarga bercadang mengebumikan jenazah di Tambun, tetapi keluarga mentua arwah memohon supaya dikebumikan di Bota (Perak),” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad mengesahkan kejadian membabitkan sebuah Perodua Bezza dan Toyota Alphard berlaku sekitar 12 tengah malam.

Katanya semua lima mangsa menaiki Perodua Bezza dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mereka ialah Muhammad Ikmal; isterinya, Nur Arfiqah; serta adik iparnya, Mohammad Zulkifli, 21; Mohamad Azizul Hakimi, 19; dan Nurul Hazwani, 17.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img