the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar rai Presiden Guinea-Bissau dalam majlis makan tengah hari

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan Presiden Republik Guinea-Bissau Umaro Sissoco Embalo yang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, dengan majlis makan tengah hari rasmi di Seri Perdana di sini.

Ketibaan Presiden Embalo di kediaman rasmi perdana menteri itu pada 10.55 pagi disambut oleh Anwar, dan ia diikuti dengan persembahan tarian tradisi yang rancak oleh penari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Turut hadir Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.

Terdahulu Presiden Embalo diberi sambutan rasmi di Perdana Putra, yang disusuli perjumpaan dengan perdana menteri.

Wisma Putra dalam kenyataan semalam berkata ini adalah lawatan pertama Embalo ke Malaysia sejak memegang jawatan Presiden pada Februari 2020.

Malaysia dan Guinea-Bissau menjalin hubungan diplomatik pada November 1974.

Hubungan dua hala antara kedua-dua negara kekal mesra, disokong oleh komitmen bersama terhadap kerjasama di platform dua hala dan pelbagai hala, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).

Pada 2024, jumlah perdagangan Malaysia dengan Guinea-Bissau mencecah RM4.1 juta, dengan eksport Malaysia ke Guinea-Bissau bernilai RM4.04 juta dan import RM0.06 juta.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img