the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 19, 2026
27.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

20 motosikal musnah dalam kebakaran di stor Parit Buntar

Sebuah rumah stor di Parit Buntar terbakar, musnahkan 20 motosikal dan sebuah kereta. Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian awal pagi itu.

PARIT BUNTAR: Sebanyak 20 buah motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan dan peralatan kenderaan di Lorong Parit 1, Titi Serong, Kampung Kedah dekat Parit Buntar awal pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.50 pagi.

Beliau berkata insiden itu membabitkan sebuah rumah berkeluasan 20×70 yang terbakar kira-kira 70%.

“Kebakaran itu turut melibatkan sebuah kereta Honda FD yang terbakar kira-kira lima peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menekankan bahawa tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu.

“Kesemua motosikal yang musnah terbakar itu dipercayai model jenis baharu dan lama serta milik pelanggan,” menurutnya.

Kerja-kerja pemadaman dilakukan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar.

Mereka dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela Parit Buntar, Bagan Serai, Bagan Tiang serta Kuala Kurau.

Shazlean berkata operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 5.50 pagi.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories