the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Yusoff Rawther bebas tuduhan edar dadah, miliki pistol tiruan

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu penyelidik kepada seorang ahli politik Muhammed Yusoff Rawther hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muhammed Yusoff, 32, pada akhir kes pendakwaan.

Muhammad Jamil berkata berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan tertuduh mempunyai kawalan, jagaan dan pemilikan ke atas dua pucuk pistol dan dadah berkenaan.

“Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan juga, mahkamah mendapati adalah tidak selamat untuk mahkamah ini mensabitkan tertuduh atas kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan terhadapnya.

“Oleh itu tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan dihadapi tanpa perlu dipanggil membela diri,” kata hakim itu.

naikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 10.15 pagi, 6 Sept tahun lepas.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini pada 9.25 pagi, 6 Sept tahun sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Muhammad Jamil dalam penghakiman ringkasnya berkata tidak dipertikaikan bahawa semasa pemeriksaan ke atas kereta Nissan Teana milik Muhammed Yusoff, saksi pendakwaan pertama (SP1) Insp Wan Muhammad Wan Ali menjumpai satu beg hitam mengandungi dua pucuk pistol di tempat duduk hadapan kenderaan itu.

Hakim itu berkata pemeriksaan selanjutnya ke atas kenderaan itu di IPK Kuala Lumpur oleh SP6, Koperal Amirul Azwa Zahari telah menjumpai satu bungkusan plastik hitam mengandungi dadah di tempat duduk belakang kereta.

“Memang benar kereta itu didaftarkan atas nama tertuduh dan milik tertuduh serta kunci dan alat kawalan jauh kereta dalam milikan tertuduh. Tidak dinafikan juga, tertuduh berada berhampiran kereta dan membuka pintu kereta tersebut semasa operasi dijalankan.

“Namun keterangan itu tidak boleh dibuat satu kesimpulan munasabah bahawa tertuduh mempunyai kawalan ekslusif atas kereta tersebut dan mempunyai jagaan atau kawalan terhadap dua pucuk pistol dan dadah berkenaan,“ katanya.

Menurut hakim itu, tiada keterangan saksi pendakwaan bahawa terdapat individu lain mempunyai akses ke atas kenderaan itu dan meletakkan dadah serta dua pucuk pistol dalam kereta berkenaan.

Selain itu, tiada keterangan menunjukkan tertuduh berada dalam keadaan mencurigakan semasa pistol dan dadah dijumpai, sebaliknya tertuduh menafikan beg hitam mengandungi pistol dan bungkusan plastik hitam mengandungi dadah dijumpai dalam kereta itu adalah miliknya.

Prosiding hari ini dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman manakala peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Muhammed Yusoff.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings