the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Komen jelik kematian pelajar UPSI: JPN arah sekolah sedia laporan

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

IPOH: Jabatan Pendidikan Negeri Perak mengarahkan pihak sekolah menyediakan laporan lengkap berhubung dakwaan seorang guru membuat hantaran jelik di media sosial mengenai nahas yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah berkata siasatan awal mendapati pemilik akaun Facebook yang membuat hantaran berkenaan merupakan seorang pendidik yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Perak.

“Selaku pendidik saya amat kesal dengan tindakan individu (guru) terbabit yang telah membuat hantaran tidak sepatutnya berkaitan tragedi yang mengorbankan pelajar UPSI.

“Selepas tular, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah menghubungi pengetua sekolah dan kaunselor PPD turut menasihati guru terbabit untuk menurunkan hantaran itu. Semakan sekitar 8.10 malam semalam mendapati hantaran itu telah dipadamkan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu, hantaran dibuat oleh seorang pemilik akaun Facebook menimbulkan reaksi kurang senang apabila mendakwa 15 pelajar UPSI yang maut dalam nahas itu meninggal dunia dalam keadaan hina.

Hantaran itu turut mendakwa kesemua pelajar yang terkorban itu bukan orang beriman kerana meninggal dunia dalam keadaan berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Bagaimanapun, hantaran berkenaan telah dipadamkan dan guru terbabit telah membuat permohonan maaf secara terbuka selain mendakwa dirinya menghidap penyakit skizofrenia.

Dalam kejadian awal pagi Isnin, 15 penuntut UPSI maut apabila bas yang dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Bas membawa 42 pelajar universiti itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu dikatakan hilang kawalan dan melanggar Perodua Alza sebelum terbalik.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img