the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 19, 2026
27.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Melaka umum cuti khas 1 Ramadan untuk penjawat awam

Kerajaan Negeri Melaka umum cuti khas kepada semua penjawat awam negeri dan Persekutuan pada 1 Ramadan, 19 Februari ini.

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan cuti khas kepada semua penjawat awam negeri dan Persekutuan di negeri itu pada 1 Ramadan ini.

Tarikh cuti tersebut dijangka jatuh pada 19 Februari.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata cuti itu adalah sebagai penghargaan atas khidmat lelah semua penjawat awam di Melaka.

Beliau menyifatkan komitmen penjawat awam negeri itu tinggi, sanggup bertugas siang dan malam demi rakyat Melaka.

“Mudah-mudahan cuti ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk membuat persiapan menyambut Ramadan bersama keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh hari ini.

Dengan pengumuman itu, Melaka akan mempunyai enam hari cuti berturut-turut bermula sambutan Tahun Baharu Cina pada 17 dan 18 Februari.

Ia diikuti cuti khas 1 Ramadan pada 19 Februari, Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 20 Februari, serta hujung minggu pada 21 dan 22 Februari.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories