SEKIRANYA ada satu perkara yang rakyat Malaysia boleh bersetuju secara kolektif, ia adalah tempat letak kereta yang tidak pernah mencukupi.
Kita semua pernah mengalami kekecewaan memandu sekeliling tempat tanpa henti, mengharapkan tempat kosong untuk meletakkan kenderaan, hanya untuk menempuh kekecewaan.
Baru-baru, sebuah Yamaha YZF-R15 dikesan mengambil satu lot tempat letak kereta di kawasan yang tempatnya sudah terhad, orang ramai — termasuk netizen segera mengutuk tindakan pemilik motosikal tersebut.
Pengguna TikTok @najihafauzii berkongsi klip 24 saat dimana dia memegang nota tulisan tangan yang berbunyi: “Ini tempat letak kereta. Bukan motosikal. Kereta di sini tidak cukup tempat letak kereta. Sangat menyusahkan!”
Dia kemudian berjalan dan dengan berani melekatkan nota itu tepat pada cermin depan R15, yang diletakkan tepat di tengah-tengah ruang parkir kereta tersebut.
Ia bukan satu-satunya mesej yang terlekat pada motosikat tersebut malah kenderaan itu sudah ditampal dengan beberapa nota daripada pemandu yang marah dengan tindakan tersebut.
Dalam komen itu, dia menjelaskan bahawa tempat letak motosikal tersedia adalah berdekatan – malangnya penunggang ini hanya memilih untuk mengabaikannya.









