the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RInggit dijangka diniagakan dalam jajaran 4.41-4.442 berbanding dolar AS minggu depan

KUALA LUMPUR: Ringgit diunjur diniagakan antara paras 4.41 dan 4.42 berbanding dolar AS pada minggu depan, kata seorang penganalisis.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata keadaan pasaran yang tidak menentu akibat kejutan daripada tarif Amerika Syarikat (AS) dijangka berterusan, mendorong peniaga dan pelabur mengambil pendekatan defensif.

“Saya berpandangan peserta pasaran akan mencari lebih banyak petunjuk seperti sama ada Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengurangkan dasar monetari melebihi penurunan setengah mata seperti yang dinyatakan dalam unjuran Mac mereka.

“Justeru itu, Indeks Harga Pengguna (IHP) AS bagi Mac akan dipantau rapat pada Khamis ini. Ketika ini paras sokongan dan rintangan semasa berada pada 4.3634 dan 4.4463 bagi ringgit-dolar AS,“ katanya kepada Bernama.

Sementara itu, pengarah urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes menjangkakan ringgit bergerak antara jajaran 4.42 hingga 4.45 berbanding dolar AS minggu depan.

Beliau berkata tekanan deflasi China akan menjadi perhatian dengan tumpuan kepada pengumuman IHP dan Indeks Harga Pengeluar (PPI) tidak lama lagi.

“Jika angka itu mengesahkan permintaan domestik yang lembap, ia boleh menjejaskan sentimen risiko serantau dan menular kepada ringgit.

“Saya juga akan memantau rapat perkembangan Bank of Japan yang dijangka bertahan. Tetapi jika ia memberi reaksi negatif kepada tinjauan global, kesannya boleh menular ke seluruh Asia.

“Pasaran akan melihatnya sebagai bayangan penurunan kadar faedah serantau yang seterusnya memberi tekanan kepada mata wang tempatan,” kata Innes.

Mengenai ringgit, beliau berkata sekiranya Malaysia boleh mendapatkan beberapa konsesi perdagangan, ia boleh menstabilkan sentimen dengan cepat.

Bagi minggu dagangan singkat yang baru berakhir ini, unit tempatan ditutup rendah sedikit kepada 4.4335/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4330/4355 pada minggu sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.0294/0340 daripada 2.9438/9456 pada minggu lepas, turun berbanding euro kepada 4.8706/8778 daripada 4.7761/7788 dan jatuh berbanding pound British kepada 5.7591/7674076.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3153/3204 daripada 3.3040/3061 pada minggu lepas, turun berbanding peso Filipina kepada 7.80/7.782 daripada 7.72/7.73, naik berbanding baht Thailand kepada 12.9589/9847 daripada 13.0390/0533 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 266.2/266.7 daripada 267.7/267.9.

Pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa sempena cuti umum Hari Raya Aidilfitri.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings