the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JIM Kedah gagal cubaan pemalsuan identiti remaja warga Sri Lanka

ALOR SETAR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah berjaya menggagalkan cubaan pemalsuan identiti seorang remaja perempuan warga Sri Lanka di Pejabat Imigresen UTC Sungai Petani pada Rabu lepas.

JIM Kedah dalam satu kenyataan di laman media rasmi Facebook memaklumkan pihaknya menahan remaja berusia 14 tahun itu ketika dia hendak memohon Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) di pejabat itu kira-kira 8.40 pagi.

“Hasil siasatan mendapati remaja itu gagal untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan hanya fasih berbahasa Tamil. Ia menyebabkan anggota JIM berasa ragu dengan identiti remaja itu yang telah hadir untuk membuat pasport bersama seorang wanita warga Malaysia yang mengaku sebagai ibunya.

“Setelah merujuk perkara itu kepada penyelia bertugas, wanita yang mengaku sebagai ibu kepada remaja itu secara tiba-tiba bangun dan melarikan diri dan meninggalkan kad pengenalan diri dan sijil lahir yang dikemukan semasa membuat permohonan pasport berkenaan,“ menurut kenyataan itu.

Semakan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) dan dokumen pengenalan diri yang ditinggalkan telah membawa kepada penemuan dalang utama kes, iaitu seorang wanita berbangsa India yang mengaku sebagai ibu remaja berkenaan.

“Pihak kita sedang mengesan suspek manakala remaja itu kini berada dalam jagaan pihak JIM Kedah dan sedang menunggu tindakan lanjut oleh Bahagian Penguat Kuasa.

“Satu laporan polis juga telah dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 56(1)(k) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana menggunakan dokumen pengenalan diri tidak sah. JIM akan terus komited memastikan integriti dokumen perjalanan Malaysia tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings