the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MPM bukan peperiksaan berisiko tinggi, bantu tingkat pencapaian murid

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek jelaskan Matriks Pembelajaran Malaysia untuk Tahun 4 dan Tingkatan 3 adalah untuk intervensi awal, bukan peperiksaan berisiko tinggi

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Matriks Pembelajaran Malaysia (MPM) bagi murid Tahun Empat dan Tingkatan Tiga bukanlah sistem peperiksaan berisiko tinggi.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan ia bertujuan membuka ruang penambahbaikan bagi meningkatkan pencapaian murid.

Beliau menjelaskan MPM bagi murid Tahun Empat bertujuan menilai pencapaian asas dalam literasi, numerasi dan kemahiran asas saintifik.

“Ini membolehkan intervensi awal dirangka sebelum mereka melangkah ke peringkat seterusnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Penjelasan itu susulan persoalan masyarakat selepas pengumuman pelaksanaan MPM oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fadhlina berkata Matriks Pembelajaran Tingkatan Tiga pula menilai pencapaian dari aspek kemahiran bahasa, pengetahuan, aplikasi, penaakulan dan kemahiran proses saintifik.

Pelaksanaan MPM Tahun Empat membolehkan pencapaian murid dinilai bagi merangka program intervensi literasi dan numerasi.

Ia selaras dengan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 serta kurikulum baharu persekolahan.

Ruang intervensi boleh dilaksanakan semasa murid berada di Tahun Lima dan Tahun Enam.

Ini membantu persediaan mereka sebelum memasuki sekolah menengah dan menghadapi pentaksiran antarabangsa.

Pentaksiran antarabangsa tersebut termasuklah SEA-PLM, TIMSS dan PISA.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings