the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Sultan Johor: Ahmad Zahid, Fahmi rafak sembah ucapan tahniah

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berkata beliau dan keluarga mendoakan agar Sultan Ibrahim yang juga Yang di-Pertuan Agong bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan.

“Menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Yang di-Pertuan Agong. Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor.

“Daulat Tuanku. Sembah patik bersama seluruh ahli keluarga, kakitangan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta seluruh kepimpinan dan ahli-ahli UMNO,” katanya yang juga Presiden Umno.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mewakili seluruh warga Kementerian Komunikasi turut merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Dalam catatan di laman Facebooknya, Fahmi mendoakan agar Sultan Ibrahim, Raja Permaisuri Agong dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta terus diberi keafiatan dan sentiasa dilimpahi kedaulatan yang penuh.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings