the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga ibu mengandung Orang Asli mangsa banjir dipindah keluar dengan helikopter

KLUANG: Tiga ibu mengandung yang terjejas banjir di Kluang dipindah keluar dari kediaman mereka yang terputus hubungan jalan darat dengan menggunakan helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata tiga ibu yang sarat mengandung itu, merupakan antara masyarakat Orang Asli yang tinggal di Kampung Orang Asli Peroh, Kampung Orang Asli Sedohok dan Kampung Orang Asli Puchor di Kahang.

Beliau berkata penerbangan ihsan oleh PDRM itu melibatkan dua juruterbang dan dua kru PGU PDRM, bermula pukul 11 pagi dengan melibatkan tiga penerbangan daripada Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS) ke lokasi ditetapkan.

“Kesemua kandungan ibu mengandung itu sekitar 36 hingga 38 minggu (sekitar lapan bulan) dan kemudiannya akan ditempatkan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk pemeriksaan lanjut dan menunggu masa untuk bersalin.

“Operasi penerbangan ihsan ini membantu mangsa terjejas banjir yang terputus hubungan jalan darat ditamatkan kira-kira 1 tengah hari, melibatkan 30 pegawai dan anggota PDRM (PGU dan IPD Kluang), KKM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Daerah Kluang dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA),” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan, hari ini.

Sementara itu, dua juruterbang PGU PDRM yang terlibat dalam operasi berkenaan ialah ACP Faizul Muhammad dibantu Inspektor Mohd Luqmanulhakim Mansor serta dua kru penerbangan (Pemerhati Udara) Sarjan Mejar K S Jagjeet Singh dan Kopral Adeline Liu Yan Siu.

Dalam pada itu, bagi Nur Haliza Rosli, 22, dia bersyukur kerana berjaya dibawa keluar dari kediamannya di Kampung Orang Asli Peroh, kerana dia bimbang dengan kesihatan anaknya sekiranya bersalin di kawasan yang terjejas banjir.

Beliau berkata ini kali kedua dia mengandung dalam situasi bencana banjir setelah anak pertamanya yang kini berusia tiga tahun bersalin di Hospital Mersing, yang sebelum itu dia turut ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Gembira dan bersyukur…itulah yang saya dapat katakan setelah berjaya dibawa keluar dari kawasan yang terjejas banjir dan terputus hubungan dan kini tinggal menunggu hari sahaja lagi untuk bersalin kerana usia kandungan saya telah lapan bulan,” katanya.

Seorang lagi ibu mengandung Norhamisah Bonel, 33, yang tinggal di Kampung Orang Asli Sedohok sebelum ini bimbang dengan keadaan banjir yang tidak surut dan menyukarkannya untuk melakukan pemeriksaan rutin terhadap kandungannya yang juga telah berusia lapan bulan.

“Lega jugalah rasanya setelah berjaya dibawa keluar (daripada tempat banjir) dan dimaklumkan selepas ini saya akan ditempatkan di hospital sehingga bersalin,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand Launches FastPass Program, Unlocking USD 21 billion in Strategic High-Tech Investment

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Prime Minister Anutin Charnvirakul formally launched Thailand FastPass at Government House, mobilizing over USD 21 billion (approximately 700 billion baht) in strategic high-tech investment.

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Nervotec Launches NervoScan MCP, Giving AI Assistants a Real-World Health Signal From a 10-Second...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Nervotec, a Singapore-based health AI company, today announced the launch of NervoScan MCP, a contactless biosensing tool that lets MCP-compatible AI assistants read a person's everyday vital signs from a 10-second face scan using any laptop, phone, or webcam camera.

OR Sets 2030 Sustainability Goals Amid Global Energy Transition, Targeting Inclusive Growth for People,...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - PTT Oil and Retail Business Public Company Limited (OR), Thailand's leading energy and lifestyle retail operator, has announced its OR 2030 Goals - a comprehensive sustainability framework across three dimensions: Economic Prosperity, Living Community, and Healthy Environment - as the global energy industry undergoes accelerating transition, navigates geopolitical uncertainty, and responds to climate imperatives.

TrendAI™ Named Trusted Partner in the OpenAI Daybreak Cyber Partner Program

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 23 June 2026 - TrendAI™, the enterprise AI security leader from Trend Micro Incorporated (TYO: 4704; TSE: 4704), today announced it has joined the OpenAI Daybreak Cyber Partner Program – gaining access to OpenAI's frontier AI capabilities purpose-built for cybersecurity.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings