the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Satu jawatankuasa ditubuh siasat insiden lelaki OKU maut digilis tren – Prasarana

KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) penglihatan maut digilis tren selepas terjatuh di kawasan landasan Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa di sini pada Sabtu lepas.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini memaklumkan hasil laporan itu akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Prasarana akan melaksanakan inisiatif penambahbaikan yang dicadangkan oleh jawatankuasa ini dengan kadar segera. Prasarana amat kesal dan berdukacita atas insiden itu dan akan memberikan bantuan ihsan sewajarnya kepada keluarga mangsa,” menurut kenyataan itu.

Prasarana memaklumkan akan mengambil tindakan segera untuk menangani dan mempertingkatkan aspek keselamatan bagi semua pengguna rel terutamanya golongan OKU, dengan menambah bilangan anggota polis bantuan di stesen-stesen yang tidak mempunyai pintu platform automatik (PSD) dan bilangan pengguna OKU yang tinggi.

“Penambahan anggota polis bantuan ini adalah untuk mempertingkatkan pemantauan di platform bagi mengenal pasti dan memberi pertolongan dengan lebih efisien kepada pengguna khususnya OKU dan warga emas. Tatacara pengendalian operasi (SOP) ditambah baik bagi meningkatkan mutu pemantauan khususnya di platform.

“Prasarana juga sedang dalam proses menaik taraf kepada kamera litar tertutup pintar atau SMART CCTV yang berupaya mengesan perilaku aneh dan berisiko.

“Langkah ini dapat memberi amaran awal kepada pihak operasi sekiranya berlaku sebarang insiden khususnya di platform,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut kerja-kerja pemasangan kamera dijangka siap pada hujung tahun ini secara berperingkat bermula dengan Laluan Monorel sebelum diteruskan ke laluan-laluan lain.

Prasarana juga sedang dalam perancangan untuk memasang PSD bagi langkah jangka panjang di Laluan Ampang-Sri Petaling dan Laluan Kelana Jaya.

“Fungsi PSD amat penting bagi mengelakkan pengguna turun atau terjatuh ke atas landasan. Untuk rekod, pemasangan PSD di Laluan Monorel telah siap pada penghujung tahun lepas,” menurut kenyataan itu.

Prasarana memaklumkan akan melipatgandakan sesi libat urus bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan OKU bagi mendapatkan maklum balas serta memperbaiki prosedur dari semasa ke semasa dan menyeru semua pengguna yang memerlukan bantuan tambahan, khususnya OKU agar mendapatkan khidmat daripada petugas stesen sebelum menaiki tren.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bracell welcomes Fernando Branco’s appointment to lead ABAF and reinforces commitment to sustainable forestry...

Bracell has welcomed Fernando Branco's appointment as ABAF president, reaffirming its commitment to sustainable forestry, responsible governance and environmental stewardship while supporting collaboration, biodiversity conservation and long-term development of Bahia's forestry sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings