the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

TOL MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS Malaysia Bhd adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata selepas Perjanjian Pelantikan (AA) Central Tolling Company (CTC) antara pihak kerajaan dan syarikat pencadang iaitu KJS-SEP JV yang berakhir pada 16 Dis 2024, pihak konsesi berhak melaksanakan MLFF mereka sendiri.

“… pihak konsesi ada hak untuk melaksanakan MLFF mereka sendiri walaupun mereka tertakluk kepada arahan dan hala tuju (MLFF) yang akan diputuskan Kabinet.

“Berkenaan kerjasama rentas kementerian, kita sememangnya perlu mendapatkan maklumat dan pandangan daripada MOT (Kementerian Pengangkutan), MOF (Kementerian Kewangan), AGC (Jabatan Peguam Negara) dan UKAS (Unit Kerjasama Awam-Swasta),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wee Kaa Siong (BN-Ayer Hitam) berhubung perkembangan kerjasama rentas kementerian susulan ujian perintis MLFF akan dimulakan pada April depan.

Menjawab soalan asal Wee mengenai pendirian kerajaan dalam memuktamadkan hala tuju MLFF dan status terbaharu rundingan bersama syarikat konsesi lebuh raya, Ahmad berkata kementerian masih komited untuk melaksanakan sistem kutipan tol secara MLFF dalam memastikan keselesaan dan kemudahan pengguna lebuh raya.

“Justeru, pihak kementerian akan mendapatkan hala tuju baharu daripada Jemaah Menteri berkaitan kaedah pelaksanaan MLFF ini dalam tempoh terdekat.

“MLFF merupakan satu inisiatif kementerian bagi masa depan untuk sistem kutipan tol, ini sejajar dengan pelan pelaksanaan Sistem Pengangkutan Pintar Negara (ITS) dan melalui sistem itu pengguna tidak lagi perlu memberhentikan atau memperlahankan kenderaan bagi membuat bayaran tol dan seterusnya melancarkan lagi aliran trafik di kawasan plaza tol,” katanya.

Beliau berkata cadangan pelaksanaan MLFF di Malaysia akan menggunakan gabungan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dan kamera pengesanan nombor plat automatik (ANPR) yang berupaya mengesan kenderaan beserta maklumat pengguna bagi tujuan pembayaran tol lebih lancar.

Selain itu, katanya reka bentuk lebuh raya baharu juga disesuaikan dengan teknologi yang telah bersedia untuk pelaksanaan sistem kutipan tol secara MLFF.

Mengulas mengenai penamatan perjanjian pelantikan itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menjelaskan tiga pihak utama iaitu kerajaan, 33 syarikat konsesi lebuh raya sedia ada dan syarikat pencadang tidak dapat mencapai persetujuan untuk memuktamadkan rundingan dalam tempoh tiga tahun sejak perjanjian itu dimeterai pada 17 Nov 2022.

Beliau berkata selepas tempoh tiga tahun tidak dapat mencapai persetujuan untuk memuktamadkan rundingan, maka secara automatik perjanjian pelantikan itu telah terbatal.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings