the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

LRA Bukit Temoh kini beroperasi pada kapasiti 75 peratus – LAP

IPOH: Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Temoh kini beroperasi pada kapasiti 75 peratus selepas pengoperasian semula saluran paip air mentah bersaiz 825 milimeter (mm) dari muka sauk Batu 7 yang membolehkan peningkatan bekalan air mentah ke loji.

Lembaga Air Perak (LAP) dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan ekoran peningkatan aliran air mentah ke loji itu, situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.

“Masih akan ada kawasan yang mungkin menghadapi tekanan rendah disebabkan sistem bekalan air ini belum pulih sepenuhnya kerana operasi loji belum mencapai 100 peratus,“ menurut kenyataan itu.

LAP memaklumkan status bekalan air di kawasan Tapah dan Bidor mencatatkan 90 peratus pemulihan namun Kampung Coldstream dan Kuala Bikam masih mengalami tekanan air rendah selepas kerja pembaikan paip pecah selesai.

Status bekalan air di kawasan Hilir Perak mencatatkan 55 peratus pemulihan dengan kawasan yang masih mengalami gangguan ialah Sungai Manik, Kampung Sungai Tukang Sidin, Kampung Sungai Air Deras Langkap, Kampung Pematang Sungai Manik, Kampung Pengkalan Daun, Kampung Pematang Pelanduk, Kampung Orang Asli Redang Ponggor, Taman KPJ, Taman Orkid Jalan Bidor Teluk Intan dan Kampung Changkat Jong.

“Bekalan air dijangka pulih secara berperingkat dengan penambahan bekalan air mentah ke loji,“ menurut kenyataan itu.

Status kerja tambakan tanah di Taman Bunga Raya mencapai 70 peratus, tertumpu kepada penstabilan struktur tanah akibat tanah runtuh manakala status kerja pemasangan paip baharu berada pada tahap lima peratus.

“Pemasangan paip baharu masih di peringkat awal dan dijangka mengambil masa beberapa minggu lagi sebelum siap sepenuhnya,“ menurut LAP.

Justeru, LAP menasihatkan pengguna menggunakan air secara berhemah sehingga bekalan pulih sepenuhnya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memaklumkan beberapa kawasan terjejas di Batang Padang dan Hilir Perak akibat gangguan bekalan air susulan kebocoran paip bawah tanah milik LAP kembali pulih.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings