the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan Sistem Terimaan Elektronik Kerajaan Persekutuan (iPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan Persekutuan seawal Mac ini.

Beliau berkata penyampaian perkhidmatan menggunakan sistem tersebut perlu dipercepatkan agar rakyat dapat segera menikmati manfaat serta pembaharuan yang dibawa oleh sistem itu.

“Harus ingat bahawa ukuran akhirnya adalah bagaimana majoriti rakyat dapat menikmati pembaharuan reformasi yang kita bincangkan. Oleh itu, saya gesa supaya penggunaan program iPayment ini dipercepatkan dari jadual akhir April kepada awal Mac,“ katanya ketika melancarkan perluasan sistem tersebut di sini hari ini.

Anwar berkata sistem iPayment juga memainkan peranan penting dalam memacu transformasi digital sektor awam ke arah komuniti tanpa tunai.

“iPayment ini bagi saya adalah satu langkah ke hadapan kerana selain memberi prakasa (inisiatif) baharu, ia juga membawa manfaat langsung kepada rakyat dari segi kecekapan dan mengurangkan kerenah birokrasi memakan masa,“ katanya.

Perdana Menteri turut berkata bahawa Malaysia perlu bergerak lebih pantas jika ingin terus berada di hadapan dan tidak ketinggalan dalam transformasi digital.

Beliau berkata kemajuan negara dalam bidang tersebut agak mendatar jika dibandingkan dengan beberapa negara lain seperti Estonia, Emeriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.

“Bila kita lihat kembali, 10, 15 atau 20 tahun lalu, kita berada jauh di hadapan dengan segala kekuatan yang ada, tetapi banyak masalah (berlaku) yang akhirnya (menyebabkan kemajuan) kita agak mendatar.

“Oleh itu, kita harus mengejar dan apabila kita bercakap tentang reformasi institusi, termasuk dalam perkhidmatan awam, kepantasan luar biasa perlu ada,“ katanya.

Anwar hari ini melancarkan perluasan pelaksanaan iPayment yang dibangunkan Jabatan Akauntan Negara (JAN) sebagai sistem untuk mengurus dan menyeragamkan pembayaran perkhidmatan kerajaan.

Sistem ini mula dibangunkan pada awal 2022 dengan Fasa 1 melibatkan saluran portal dalam talian, sebelum diperluas dengan pertambahan saluran pembayaran kaunter dan aplikasi mudah alih melalui pelaksanaan Fasa 2 bermula hari ini.

Sistem iPayment memberi pilihan kepada pelanggan perkhidmatan kerajaan untuk membuat pembayaran secara dalam talian menggunakan kad debit, kad kredit, kad prabayar, perbankan internet, kod respons pantas (QR) dan e-dompet.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings