the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas di muara Sungai Keluang

JERTIH: Seorang nelayan yang dilaporkan terjatuh ketika bot dinaikinya dilambung ombak, ditemukan lemas di muara Sungai Keluang di sini, tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).

“Mangsa Mohd Fatihil Asrol Mat Zailani, 39, ditemukan terdampar di kawasan muara tersebut oleh pasukan penyelamat kira-kira 12.40 tengah hari.

“Mangsa dipercayai tercampak ke laut dari bot gentian kaca ketika dalam perjalanan pulang ke darat apabila bot dinaiki dilambung ombak,“ katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurut Muhammad Azrul Izzham, sebanyak 41 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi termasuk polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) terlibat dalam operasi menyelamat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings