the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ujian diagnostik kemasukan Tahun Satu dibatalkan, kata PM Anwar

PM Anwar setuju ujian diagnostik untuk kemasukan ke Tahun Satu tidak dilaksanakan pada 2027 atas kebimbangan kesan psikologi dan diskriminasi.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya ujian saringan diagnostik bagi kemasukan ke Tahun Satu tidak dilaksanakan.

Cadangan ujian itu, yang dijadualkan bermula sesi persekolahan 2027, bertujuan menentukan kelayakan kanak-kanak memasuki Tahun Satu seawal usia enam tahun.

Anwar berkata perkara itu telah diteliti termasuk kebimbangan pelaksanaannya boleh memberi kesan psikologi serta bersifat diskriminatif.

“Cadangan awal (ujian diagnostik) itu baik sebab ada satu sistem penilaian sebelum anak masuk ke sekolah… tetapi difikirkan nanti ia jadi diskriminatif,” katanya.

Beliau menambah maknanya ada anak-anak yang dikatakan tidak layak, kurang cerdik dan sebagainya yang mungkin memberi kesan psikologi.

“Oleh itu, ditiadakan. Itulah cadangan Menteri Pendidikan dan saya setuju ditiadakan dan dipermudahkan,” jelasnya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen MUDA-Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Dewan Rakyat hari ini.

Syed Saddiq meminta kerajaan meneliti pelaksanaan ujian diagnostik kemasukan Tahun Satu tersebut. 

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings