the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Angka ekonomi positif perkukuh kedudukan ringgit, kata PM Anwar

PM Anwar Ibrahim berkata angka ekonomi positif seperti pelaburan dan pendapatan meningkat serta pengangguran berkurang berjaya perkukuh nilai ringgit.

KUALA LUMPUR: Angka ekonomi yang positif berjaya memperkukuh kedudukan dan nilai ringgit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pengukuhan ringgit juga menunjukkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara sejajar dengan peningkatan angkanya.

Pengukuhan ringgit tidak harus dilihat secara terpisah tetapi harus dilihat juga dari segi peningkatan pelaburan dan pendapatan serta kadar pengangguran yang berkurangan.

“Angka ekonomi secara keseluruhannya menunjukkan petanda positif dan ini berjaya memperkukuh kedudukan ringgit,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan mengenai faktor kenaikan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat serta kesannya terhadap eksport dan import negara.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata pengukuhan ringgit tidak menjejaskan aliran eksport dan import negara.

Malah, kerajaan akan terus memperkukuh ekonomi dan menarik pelaburan asing.

“Apabila ringgit mengukuh ada kesan positifnya dan ada sedikit yang membimbangkan kerana ia terkait dengan eksport dan import barangan.

“Namun, pada keseluruhannya, jika kita lihat, tidak ada negara yang mahu nilai mata wang mereka itu merosot dan rendah luar daripada kekuatan yang sepatutnya dipertahankan,” katanya.

Pada pagi ini, ringgit diniagakan pada 3.9650/9750 berbanding dolar AS.

Kali terakhir ringgit dilihat pada paras ini adalah pada Mei 2018.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings