the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terpedaya penipuan pelaburan tidak wujud

SHAH ALAM: Seorang Pengarah Syarikat kerugian RM2.1 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud di platfrom Digzax Exchanger.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki berusia 77 tahun itu tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook pada Ogos tahun lalu.

“Mangsa warga tempatan telah berhubung dengan suspek melalui whatsapp untuk menyertai pelaburan berkenaan dan telah mendaftar melalui satu pautan di dalam talian.

“Mangsa seterusnya telah membuat 26 transaksi ke dalam 11 akaun berbeza berjumlah RM2,118,810.00 kerana telah dijanjikan keuntungan yang lumayan,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussein berkata selepas pindahan wang dilakukan mangsa tidak menerima sebarang keuntungan yang dijanjikan dan telah diminta suspek untuk membayar cukai berjumlah RM1.2 juta bagi mengeluarkan keuntungan daripada platform tersebut.

“Oleh itu mangsa berasa tertipu dan tampil membuat laporan polis di daerah Kajang,“ katanya.

Hussein dalam kenyataan sama menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan tawaran pelaburan dalam media sosial yang menjanjikan pulangan yang tidak munasabah khususnya menerusi aplikasi telefon bimbit yang tidak diluluskan oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti.

Kes disiasat di bawah seksyen 420 kanun keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings