the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 10, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan percepat kelulusan projek untuk pacu momentum ekonomi

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

PM Anwar arah kelulusan projek dipacu pantas jika patuh prosedur, elak kelewatan yang jejas momentum ekonomi dan keyakinan pelabur.

SEMENYIH: Kerajaan akan mempercepatkan kelulusan projek yang mematuhi semua peraturan dan prosedur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menegaskan sebarang kelewatan yang tidak perlu dalam proses kelulusan wajar dielakkan kerana ia boleh menjejaskan momentum pembangunan.

“Kalau ikut peraturan, prosedur mesti betul, kalau boleh lulus dua bulan, lulus dua bulan. Tidak ada sebab nak tangguh,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pembangunan Prasarana Awam Semenyih di sini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kecekapan tadbir urus dan kelulusan pantas adalah faktor penting untuk memastikan projek dilaksanakan mengikut jadual.

Beliau berkata pendekatan itu akan memastikan rakyat dapat menikmati manfaat pembangunan hasil pelaksanaan projek yang disegerakan.

Perdana Menteri berkata projek berskala kecil juga perlu diberi perhatian serius dan tidak wajar dilengahkan.

“Projek-projek kecil seperti jalan kecil, projek membina surau, ini dianggap umpamanya projek kecil. Itu pun bagi saya projek utama,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata prestasi ekonomi negara ketika ini berada pada tahap memberangsangkan dengan pertumbuhan yang membanggakan di peringkat serantau.

Beliau turut menyebut pengukuhan nilai ringgit serta rekod pelaburan tertinggi dalam sejarah negara.

“Kita lihat angka pelaburan (ketika ini) tertinggi dalam sejarah. Semua angka ini penting untuk menambah keyakinan rakyat,” katanya.

Anwar mengakui masih terdapat kelemahan dan cabaran yang perlu ditangani, namun kerajaan memilih pendekatan positif dengan terus memperbaiki segala kekurangan.

“Hari ini walaupun ada masalah kemiskinan, tapi ia jauh berkurangan dan Kerajaan MADANI bertekad untuk cuba menyelesaikan masalah kemiskinan tegar,” katanya.

Beliau berkata potensi Malaysia yang disokong oleh kekuatan ekonomi dan keupayaan sumber manusia menunjukkan negara ini memiliki kemampuan untuk mengangkat martabatnya.

Anwar menekankan ekonomi yang kukuh penting bagi menjamin peluang pekerjaan serta mengelak peningkatan kadar pengangguran.

Beliau juga menekankan kerjasama erat antara kerajaan dengan sektor swasta sebagai pemacu utama pembangunan ekonomi.

“Kita mahu semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan kepercayaan, merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada negara yang hebat ini,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Booster Pack 09 “Here He Comes! Our Hero!” & Starter Deck 04 “Ultraman &...

Tsuburaya Productions will release Booster Pack 09 and Starter Deck 04 for the Ultraman Card Game on October 23, 2026. The milestone launch introduces the original Showa Ultraman, Ultraman Cosmos, the new Color System and Boost Cards to celebrate the game's second anniversary.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings