the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 28, 2026
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lelaki ditahan disyaki rakam gambar bawah kain wanita di pasar raya

Polis Tampin tahan lelaki 26 tahun disyaki rakam gambar dari bawah kain wanita di pasar raya, kes disiasat bawah Seksyen 507A dan 509 Kanun Keseksaan.

TAMPIN: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki merakam gambar dari bawah kain seorang wanita di sebuah pasar raya di sini.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 34 tahun itu pada 3.46 petang.

Mangsa mendakwa diekori seorang lelaki sebelum dirakam dari bahagian bawah kain ketika sedang membeli barang.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai polis IPD Tampin menahan suspek berusia 26 tahun di kawasan Kampung Baru Tampin bagi membantu siasatan,” katanya.

Suspek direman tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 507A dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories