Sunday, November 9, 2025
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas jurulatih sukan rugi RM838,328 diperdaya sindiket phone scam

GEORGE TOWN: Seorang bekas jurulatih sukan di Pulau Pinang mengalami kerugian RM838,328 selepas diperdaya sindiket penipuan “phone scam” bulan lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata lelaki berusia 75 tahun itu dihubungi suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

Suspek tersebut memaklumkan mangsa disenarai hitam kerana terlibat dalam kes penyebaran maklumat palsu dan pengubahan wang haram.

“Suspek meminta semua maklumat akaun simpanan mangsa dan mengarahkan lelaki itu memindahkan wang dari akaun simpanan tetap ke sebuah lagi akaun bank miliknya.”

“Pada 11 Ogos, suspek mengarahkan mangsa menyerahkan kad bank dengan meninggalkan sampul surat berisi kad itu berhampiran pos pengawal kawasan perumahannya atas alasan untuk siasatan.”

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut semalam selepas mendapati semua wang di dalam akaun simpanannya dipindahkan ke akaun tidak diketahui.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan penipuan.

Azizee menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan panggilan telefon yang meminta maklumat peribadi atau butiran perbankan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Personal ties hinder border enforcement

Long-standing familiarity between border enforcement personnel and river communities along Sungai Golok has fostered a pattern of sympathy-driven tolerance that undermines security control
spot_img

Popular Categories