the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, February 7, 2026
20.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Wanita punyai 22 rekod lampau antara ditahan disyaki terlibat kegiatan penipuan

KUANTAN: Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita mempunyai 22 rekod jenayah lampau di dua lokasi berasingan minggu lepas, bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan barang kemas yang videonya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata wanita berusia 42 tahun itu diberkas pada 9 Jan di Slim River, Perak kira-kira 2 pagi manakala suspek lelaki berumur 43 tahun ditahan di sini 10 Jan, sekitar 8 malam.

Beliau berkata siasatan mendapati suspek memperdaya mangsa secara bersemuka dengan meminta menyerahkan barang kemas untuk digantikan dengan yang baharu, namun tidak memulangkan barang berharga berkenaan semula.

“Suspek dipercayai menjual barang kemas berkenaan untuk mendapatkan yang baharu bagi kegunaan sendiri dan membeli barangan lain seperti jam tangan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata polis turut merampas tiga rantai leher bersama loket pelbagai bentuk, empat rantai tangan, tiga cincin selain lima jam tangan dan resit pembelian emas di sebuah rumah sewa kedua-dua suspek di Bukit Tinggi, Bentong.

Beliau berkata suspek wanita yang mempunyai rekod jenayah antaranya melibatkan kes curi direman sehingga hari ini, manakala rakannya direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini tular video memaparkan jurujual sebuah butik barangan kosmetik di sini menyerahkan barang kemas dipakainya kepada seorang wanita dengan kerugian dianggarkan berjumlah RM4,000.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

South Korea, Japan set the pace at Selangor International Junior Golf Championship

South Korea tightened their grip on the girls’ team title while Japan edged ahead in the boys’ standings after the second round of the Selangor International Junior Golf Championship at Seri Selangor Golf Club.Despite a two-hour rain delay and persistent showers that softened the course, players produced a flurry of low scores heading into the final round.Powered by a three-under-par 69 from You Roha, South Korea stretched their lead in the girls’ team event to a commanding 23 shots on a 36-hole total of 434, with Jeon Yuhyun (70) and Park Hyorin (71) also counting.
spot_img

Popular Categories