the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula esok

KUALA LUMPUR: Setelah hampir tujuh tahun semenjak dimansuhkan pada 2018, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 kembali semula tahun ini selepas Kementerian Pertahanan bersetuju melaksanakannya dengan konsep dan format baharu.

Sebagai permulaan, Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini menjadi lokasi pertama pelaksanaannya dan dianggarkan lebih 130 pelatih sukarela dari seluruh negara dijadualkan melaporkan diri esok bagi Latihan Percubaan PLKN 3.0 itu.

Kesemua pelatih berusia dalam lingkungan 18 sehingga 20 tahun itu akan menjalani latihan ketenteraan dan kenegaraan selama 45 hari sehingga 25 Feb depan.

Berteraskan Akta Latihan Khidmat Negara (Akta 628), Dasar Keselamatan Negara (DKN), Kertas Putih Pertahanan (KPP) dan dasar-dasar berkaitan yang disebut sebelum ini, konsep PLKN 3.0 dibentuk dengan gabungan dua komponen penting iaitu Komponen Utama Latihan Khidmat Negara dan Komponen Keberhasilan Latihan Khidmat Negara melibatkan empat fasa.

Pelaksanaan semula program ini yang dijalankan secara berperingkat bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional dan jati diri dalam kalangan golongan muda di Malaysia dan pada masa yang sama melengkapkan mereka dengan ketahanan menghadapi cabaran hidup melalui pengalaman latihan fizikal dan mental.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini berkata PLKN 3.0 menekankan pembangunan disiplin, kepimpinan dan kefahaman sejarah negara dalam kalangan pelatih.

Beliau berkata pelaksanaan PLKN 3.0 juga adalah antara pendekatan bagi mencapai pertahanan menyeluruh negara melibatkan sumbangan rakyat dalam memastikan negara kekal aman.

Selepas latihan percubaan ini, fasa PLKN 3.0 seterusnya akan dilaksanakan di 13 Kem Askar Wataniah, 20 Universiti Awam, 33 Politeknik, 27 Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan beberapa Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) / Institusi Latihan Perindustrian (ILP) yang akan dijadikan tempat latihan asas PLKN di seluruh negara.

PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti dengan 85,000 hingga 95,000 pelatih setahun, manakala purata perbelanjaan sebanyak RM600 juta setahun.

Ia kemudiannya dihentikan selama setahun pada 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan, namun diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 orang setahun sebelum dimansuhkan pada Ogos 2018.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings