the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 29, 2026
23.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

EAIC sokong ketegasan PM Anwar perkukuh integriti agensi penguatkuasaan

EAIC sokong penuh pendekatan tegas PM Anwar, tegaskan syor hukuman tatatertib mesti dipatuhi untuk pulih kepercayaan rakyat

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menyokong sepenuhnya ketegasan yang disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan tidak lagi boleh bertolak ansur dengan kelemahan penguatkuasaan dan tadbir urus yang gagal ditangani secara serius.

Pengerusi EAIC Tan Sri Dr Ismail Bakar dalam satu kenyataan hari ini berkata suruhanjaya itu memandang serius peringatan berkenaan, yang disifatkan sejajar dengan pemantauan dan siasatan EAIC terhadap salah laku dalam kalangan agensi penguatkuasaan.

“Ia termasuk penyalahgunaan kuasa serta kelemahan dalam ekosistem tadbir urus dan integriti perkhidmatan awam, khususnya melibatkan agensi penguatkuasaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata EAIC menegaskan bahawa syor hukuman tatatertib yang dikemukakan suruhanjaya, termasuk cadangan penambahbaikan sistem serta mekanisme prosedur dalaman, hendaklah diberi perhatian serius dan dipatuhi sepenuhnya.

“EAIC akan turut merujuk semula kes-kes tatatertib yang tidak atau belum diambil tindakan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) berkaitan dan memanjangkannya kepada ketua perkhidmatan berkenaan untuk tindakan segera.

“Tindakan tegas serta pematuhan oleh ketua-ketua jabatan merupakan kunci utama dalam memperkukuh integriti penguatkuasaan dan memulihkan kepercayaan rakyat terhadap institusi negara,” katanya.

Ismail berkata aktiviti penyeludupan, rasuah dan kegiatan gelap bukan sahaja menjejaskan kredibiliti agensi, malah merupakan satu pengkhianatan terhadap kepentingan rakyat dan negara serta tidak boleh diterima atau dinormalisasikan dalam apa jua keadaan.

Semalam, Perdana Menteri memberi amaran bahawa kerajaan tidak lagi boleh bertolak-ansur dengan kelemahan penguatkuasaan dan tadbir urus yang tidak ditangani dengan serius.

Selain itu, Anwar turut memberi tempoh seminggu kepada pimpinan tertinggi pasukan penguat kuasa untuk mengesahkan kesediaan mereka memikul amanah dan tanggungjawab atau memilih untuk bertukar ke jawatan lain.

Related

spot_img

Latest

National Food Security Act drafted to safeguard future supply

The government is drafting a National Food Security Act to ensure sustainable food supply and sovereignty, as part of a new policy to modernise agriculture and combat global uncertainties.

Manager fined RM80,000 for harbouring illegal immigrants

A restaurant manager in Kuala Terengganu was fined RM80,000 for allowing 16 illegal immigrants to be present at his premises, with a six-month jail term if he fails to pay.

Most Viewed

GalaxyArt Shines with the Macau Debut Exhibition of Copper Art Maestro Zhu Bingren

MACAU SAR - Media OutReach Newswire - 29 January 2026 - As 2026 rears into view and the Lunar New Year glitters around the corner, Galaxy Entertainment Group (GEG) is proud to present the "Golden Fortunes: the Macau Debut of Zhu Bingren's Copper Art" exhibition at GalaxyArt, the exquisite artistic and cultural arm of Galaxy Macau.
spot_img

Popular Categories