the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

China sokong penyegeraan keanggotaan penuh Malaysia dalam BRICS

BEIJING: Presiden China Xi Jinping menyatakan sokongan penuh untuk menyegerakan keanggotaan penuh Malaysia dalam perkumpulan BRICS.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan ini dizahirkan Xi semasa pertemuan mereka di Great Hall of the People di sini pada Selasa.

“Presiden Xi menyatakan sokongan penuh beliau untuk menyegerakan penyertaan Malaysia sebagai anggota penuh BRICS.

“Ini satu penghormatan besar atas dukungan terhadap negara kita untuk terus memainkan peranan penting di pentas dunia,” kata Anwar kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja empat hari beliau ke China.

BRICS yang ditubuhkan pada 2001 kini dianggotai 11 negara termasuk Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan dan Mesir. Malaysia menjadi negara rakan blok itu pada awal 2025.

Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan kunjungan hormat terhadap Xi dan kedua-dua pemimpin itu membincangkan usaha untuk memperkukuh kerjasama dua hala.

Anwar berkata pertemuan berkenaan mempererat ikatan yang terjalin sejak lawatan negara Xi ke Malaysia pada April lepas, dengan sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian telah dimeterai.

“Saya nyatakan bahawa hubungan ini perlu diterjemah dengan pelaksanaan segera terhadap perkara yang telah dipersetujui.

“Hanya dengan tindakan pantas, hubungan istimewa ini dapat memberi impak yang lebih bermakna buat rakyat kedua-dua negara,“ kata Anwar.

Perdana Menteri berkata beliau amat menghargai keikhlasan persahabatan yang dizahirkan Xi serta penghormatan yang diberikan kepada Malaysia.

“Alhamdulillah, saya dan Presiden Xi senada untuk terus memperkukuh persahabatan ini berteraskan kepercayaan, hormat dan keikhlasan.

“Meskipun kita (Malaysia) sebuah negara kecil, keyakinan, saling percaya dan tekad bersama berupaya menjadi kekuatan besar untuk membentuk masa depan yang lebih aman, adil dan makmur,” kata Perdana Menteri.

Anwar turut menyatakan sokongan terhadap usul dan idea yang digagaskan oleh Xi, khususnya Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang memperkukuh keterhubungan dunia serta Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) yang dicetuskan pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) kali ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Xi atas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak SCO yang berlangsung dengan penuh bersejarah.

China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut dengan nilai perdagangan dua hala tahun lepas mencecah AS$106 bilion, mencerminkan keeratan hubungan ini.

“Saya nyatakan kepada Presiden Xi akan komitmen Malaysia untuk memperkukuh eksport bernilai tinggi seperti E&E (elektrik dan elektronik), aeroangkasa, perubatan, farmaseutikal serta minyak dan gas,” kata Anwar.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings