the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM mahu semua kementerian tumpu tingkat keupayaan bidang pelancongan, pelaburan, ekonomi

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kementerian memberikan tumpuan untuk meningkatkan keupayaan dalam bidang pelancongan, pelaburan dan ekonomi dengan keterlibatan semua negeri menerusi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata setiap negeri dan daerah di Malaysia mempunyai kekuatan masing-masing untuk menarik kehadiran pelancong.

“Malah untuk tahun ini dalam kita menjayakan (Kepengerusian) ASEAN, kita pastikan program kita menyiapkan semua negeri tanpa terkecuali, agar menjadi destinasi pelancong tahun ini dan tahun depan terutamanya.

“Saya telah minta semua kementerian memberikan tumpuan supaya Malaysia dapat meningkatkan keupayaan dalam bidang pelancongan, pelaburan dan ekonomi. Ini agar tidak ada kawasan atau negeri yang tersisih atau tertinggal,” katanya ketika berucap merasmikan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 di sini hari ini.

Anwar berkata penglibatan menyeluruh daripada semua pihak itu dapat membantu negara mencapai unjuran pendapatan sebanyak RM147.1 bilion serta sasaran kedatangan pelancong seramai 35.6 juta melalui kempen berkenaan.

Perdana Menteri berkata dalam mempromosi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), keterangkuman menjadi pendekatan utama untuk mempromosikan kemampanan dan keharmonian negara dari segi warisan pelbagai budaya dengan asas budaya yang kukuh.

“Jadi impak Tahun Melawat Malaysia 2026 sebagaimana yang saya katakan, akan melangkaui industri pelancongan, yang termasuk merangkumi hospitaliti, pengangkutan, peruncitan, industri makanan.. dan faedah ekonomi akan dikongsi oleh masyarakat bandar dan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata rangka kerja MADANI itu sendiri adalah mengenai keterangkuman dalam memperjuangkan kemampanan, di samping pencapaian kualiti hidup yang lebih tinggi dan keharmonian antara pembangunan dan alam semula jadi.

Anwar turut merujuk kepada tawaran pelancongan Malaysia tersendiri, yang mencerminkan identiti berbilang kaum dan budaya.

“Ini bukan destinasi biasa, sebaliknya ia destinasi unik, mesra alam dan disulami dengan pelbagai budaya rakyat Malaysia yang cukup menawan, menjadi destinasi kepelbagaian budaya, kaya dan mampan, konsisten dengan tema kita,“ katanya.

Anwar turut memuji lagu tema kempen TMM2026 ‘Surreal Experiences’, dengan menyatakan bahawa ia memperlihatkan keunikan Malaysia dengan sempurna dan amat menarik minat generasi muda.

“Kalau lihat daripada lagu tema, dari awal cukup inklusif, mencakupi semua daerah, semua negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Apabila saya dengar irama ‘keunikan Malaysia’ yang diperdengarkan, ia sesuatu yang cukup menarik, saya perlu ucapkan terima kasih kepada (Datuk Seri) Tiong King Sing (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya),” katanya.

Kempen TMM2026 dilancarkan dengan rasminya hari ini, menampilkan logo baharu, maskot, lagu tema dan corak yang akan dipaparkan pada kapal terbang.

Selain itu haiwan beruang matahari Malaya telah diperkenalkan sebagai ikon kempen rasmi, selaras dengan statusnya sebagai spesies terancam, yang melambangkan komitmen Malaysia terhadap pemuliharaan hidupan liar.

Haiwan itu diwakili oleh dua maskot, Wira dan Manja, yang mewakili keterangkuman dan kepelbagaian.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

L.K. Technology Announces 2025/2026 Annual Results

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - L.K. Technology Holdings Limited (Stock code: 558, the "LK TECH", and together with its subsidiaries, the "Group") announces the annual results for the twelve months ended 31 March, 2026 (the "Year").

ICONSIAM Captivates the World with Historic Rainbow Drone and Fireworks Spectacular, Showcasing Thailand’s Readiness...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - ICONSIAM, the global landmark and experiential destination on the banks of the Chao Phraya River, successfully concluded Pride Month 2026 with a historic celebration that captured worldwide attention and reinforced Thailand's position as a leading Pride-Friendly Destination.

MASA Singapore 2026 Presents Indonesia’s Creative Movement Across Takashimaya Square and Gardens by the...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - MASA Singapore 2026, a multidisciplinary cultural movement celebrating Indonesia's contemporary creative movement, will take place from 2 July to 10 August 2026 across Takashimaya Square and Gardens by the Bay in Singapore.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings