the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes Yap Xin Yuan: Polis tumpu aspek selisih faham, ambil dadah berlebihan

SHAH ALAM: Polis akan menumpukan aspek perselisihan faham dan pengambilan dadah berlebihan dalam siasatan bagi mengenal pasti motif pembunuhan remaja perempuan Yap Xin Yuan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya masih menunggu laporan dan keputusan toksikologi bagi mengukuhkan elemen siasatan dalam kes itu.

“Kita masih menunggu keputusan toksikologi sama ada si mati (mangsa) ada menggunakan sebarang bahan dadah.

“Selagi tidak dapat keputusan itu (toksikologi dan bedah siasat), tidak boleh kata dia mengambil dadah atau overdose,“ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Hussein berkata keadaan mayat yang reput ketika ditemukan pada Sabtu lepas menyukarkan pakar patologi untuk memastikan sebarang kecederaan fizikal lain.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan teman lelaki mangsa terlibat dalam membuang mayat remaja perempuan itu.

“Sama ada orang lain ada bantu buang mayat itu atau tidak, ia masih dalam siasatan,“ katanya.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan tiga suspek termasuk teman lelaki remaja itu, masing-masing berumur 16, 20 dan 51 tahun bagi membantu siasatan.

Remaja berusia 15 tahun itu dilaporkan hilang selepas menghadiri latihan tarian singa di sebuah gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras pada 19 Dis sebelum mayatnya ditemukan di RTB Sungai Changgang, Kuala Langat dekat sini 10 hari kemudian.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings