the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Semakan draf perjanjian JS-SEZ di tahap akhir, dijangka dimuktamad bulan depan – Rafizi

KUALA LUMPUR: Semakan draf perjanjian bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) antara kerajaan Malaysia dan Singapura kini di peringkat akhir dan dijangka dapat dimuktamadkan pada Disember ini, kata Kementerian Ekonomi.

Sehubungan itu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kertas Jemaah Menteri berkaitan akan dibentangkan dalam tempoh seminggu dua ini sebelum dapat dimuktamadkan.

“Ini juga bagi membolehkan kedua-dua negara dapat menandatangani perjanjian itu pada Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura pada awal Disember.

“Selepas ditandatangani, kedua-dua negara dapat merangka pelan induk mengikut nod pembangunan yang telah ditetapkan,” katanya.

Rafizi berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai perkembangan terkini pelaburan di JS-SEZ pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas persediaan Malaysia dalam mengurangkan kebergantungan tenaga kerja asing dan meletakkan tenaga kerja tempatan dalam JS-SEZ, beliau berkata proses berkenaan perlu dilakukan secara bersepadu dan berfasa melalui konsep zon itu.

“Jika kita ingin mewujudkan peluang pekerjaan yang menawarkan gaji tinggi, kita perlukan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. (Namun) sekiranya ingin menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi terlebih dahulu, pelaburan-pelaburan ini akan ke negara lain.

“Oleh itu, usaha ini perlu dilakukan secara bersepadu dan berfasa melalui konsep JS-SEZ supaya kita dapat mengembangkan industri-industri yang sebelum ini tiada di Malaysia,“ katanya.

Rafizi berkata ini penting sejajar dengan matlamat JS-SEZ untuk menarik pelaburan dunia bernilai tinggi bagi mencipta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi di kawasan ditetapkan di Johor.

Antara sektor yang dikenal pasti menyokong aspirasi berkenaan adalah digital dan teknologi, tenaga hijau, elektronik termaju dan pembangunan semikonduktor sebagai sebahagian daripada ekosistem kecerdasan buatan (AI) dan pusat data.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Axis-REIT to acquire City-Link’s Bandar Saujana Putra distribution hub for RM128m

The RM128mil acquisition deepens Axis-REIT's exposure to Malaysia's growing logistics and industrial sector, buoyed by e-commerce expansion and rising demand for last-mile delivery. For City-Link Express, the sale-and-leaseback unlocks capital from a mature asset to fund technology, network and talent investments — while keeping the site as its operational headquarters.

EVB Successfully Concludes Power2Drive Europe 2026 With Advanced EV Charging Solutions

MUNICH, GERMANY - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - EVB successfully concluded its June 23–25 exhibition at Power2Drive Europe 2026 at Messe München, where it connected with global industry professionals and highlighted its latest EV charging, energy storage, and power management solutions for cleaner, smarter, and more efficient energy systems.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings