the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Operasi tren di Pantai Timur terjejas, KTMB aktifkan bilik gerakan banjir

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan perkhidmatan tren KTM Intercity di laluan Pantai Timur terjejas akibat banjir dan kejadian tanah mendap di beberapa kawasan yang turut menjejaskan operasi tren penumpang.

KTMB dalam kenyataan memaklumkan kawasan dikenal pasti tidak selamat untuk perkhidmatan kereta api akibat paras air melebihi tahap rel adalah di KM493 hingga KM490.85 antara Pasir Mas dan Tanah Merah.

Berikutan itu, perkhidmatan KTM Intercity ke Pantai Timur membabitkan tren Ekspres Rakyat Timuran No 27 bagi laluan JB Sentral-Tumpat dibatalkan mulai malam tadi.

“Pada hari ini, perkhidmatan lain yang turut terjejas termasuk Ekspres Rakyat Timuran No 26 dan No 27 (JB Sentral–Tumpat–JB Sentral) serta Shuttle Timuran (Kuala Lipis–Gua Musang–Tumpat) akibat ditenggelami banjir,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha berkata perkhidmatan tren terpaksa dibatalkan demi keselamatan penumpang dan pihaknya akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Beliau berkata bagi penumpang terkesan dan tidak meneruskan perjalanan, KTMB akan memberikan pemulangan tambang penuh, manakala pemakluman mengenai penutupan laluan serta maklumat terkini akan disalurkan secara berterusan melalui khdimat pesanan ringkas (SMS) dan hebahan di media sosial rasmi KTMB.

Mohd Zain berkata sebagai langkah responsif, KTMB telah mengaktifkan bilik gerakan banjir di sektor Pantai Timur untuk memantau pergerakan tren dan memberikan kemas kini situasi.

“KTMB juga bersedia dengan pelan bantuan untuk mangsa banjir di stesen-stesen KTMB bagi memastikan bantuan disalurkan dengan pantas dan sistematik.

“KTMB menjalankan pemantauan risiko banjir dengan merujuk laporan harian daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Keutamaan turut diberikan kepada lokasi yang kerap terjejas akibat banjir,” katanya.

Selain itu, KTMB terus bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan seperti Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memastikan tindakan penyelamatan dan pengurusan insiden dapat dilaksanakan dengan efisien.

KTMB turut menggerakkan aset kritikal seperti troli rel untuk memantau paras air di laluan utama dan kawasan berisiko tanah runtuh. Pelbagai peralatan tambahan termasuk peralatan keselamatan, komunikasi dan bantuan kecemasan telah disediakan untuk kegunaan semasa banjir.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut atau pertanyaan melalui Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200, laman sesawang rasmi di www.ktmb.com.my, atau saluran media sosial rasmi KTMB.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand Launches FastPass Program, Unlocking USD 21 billion in Strategic High-Tech Investment

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Prime Minister Anutin Charnvirakul formally launched Thailand FastPass at Government House, mobilizing over USD 21 billion (approximately 700 billion baht) in strategic high-tech investment.

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Nervotec Launches NervoScan MCP, Giving AI Assistants a Real-World Health Signal From a 10-Second...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Nervotec, a Singapore-based health AI company, today announced the launch of NervoScan MCP, a contactless biosensing tool that lets MCP-compatible AI assistants read a person's everyday vital signs from a 10-second face scan using any laptop, phone, or webcam camera.

OR Sets 2030 Sustainability Goals Amid Global Energy Transition, Targeting Inclusive Growth for People,...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - PTT Oil and Retail Business Public Company Limited (OR), Thailand's leading energy and lifestyle retail operator, has announced its OR 2030 Goals - a comprehensive sustainability framework across three dimensions: Economic Prosperity, Living Community, and Healthy Environment - as the global energy industry undergoes accelerating transition, navigates geopolitical uncertainty, and responds to climate imperatives.

TrendAI™ Named Trusted Partner in the OpenAI Daybreak Cyber Partner Program

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 23 June 2026 - TrendAI™, the enterprise AI security leader from Trend Micro Incorporated (TYO: 4704; TSE: 4704), today announced it has joined the OpenAI Daybreak Cyber Partner Program – gaining access to OpenAI's frontier AI capabilities purpose-built for cybersecurity.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings