the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

91.6% kandungan Facebook diturunkan berkaitan judi, penipuan – Fahmi

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah meminta Facebook menurunkan 249,268 kandungan sepanjang tahun ini dengan 91.6 peratus daripadanya adalah berkaitan judi dalam talian serta penipuan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 172,072 kandungan yang diturunkan melibatkan judi dalam talian manakala 56,136 adalah berkaitan penipuan.

“MCMC tidak boleh mengarahkan (platform media sosial untuk menurunkan kandungan) kerana kita tidak ada kuasa itu dan hanya boleh meminta untuk (kandungan tersebut) diturunkan, terpulang kepada platform untuk menurunkan,“ katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi di Dewan Rakyat hari ini.

Fahmi berkata berdasarkan maklumat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial tahun lepas, sebanyak RM432 juta wang rakyat Malaysia hilang akibat penipuan di Facebook.

Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diterima, Facebook telah meraih RM2.5 bilion keuntungan daripada Malaysia hasil jualan iklan termasuk berkaitan penipuan pelaburan dalam talian.

Menjawab celahan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) yang mendakwa kerajaan bertindak menurunkan kandungan berunsur kritikan, Fahmi berkata sesiapa sahaja boleh membuat aduan kepada MCMC dan suruhanjaya itu hanya memanjangkannya kepada platform media sosial terbabit.

“Kalau sekiranya sesuatu kandungan itu diturunkan maka platform itu mengaku bahawa kandungan berkenaan melanggar standard komuniti platform tersebut.

“… contoh dalam kes yang dibangkitkan oleh Menteri Dalam Negeri mengenai fitnah yang mengatakan bahawa 1.2 juta rakyat China telah mendapat kewarganegaraan, Menteri Dalam Negeri berkata bahawa ini fitnah,“ katanya.

Fahmi juga berkata MCMC memaklumkan kemudahan chatbot dalam aplikasi WhatsApp bagi mengekang penularan berita palsu akan dilancarkan pada Januari depan.

“Ini membantu semua pengguna yang memanfaatkan aplikasi WhatsApp menghantar mesej yang mereka syak adalah bersifat palsu ataupun mempunyai elemen meragukan untuk pengesahan melalui penggunaan kecerdasan buatan,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

RZOLV Technologies Completes NRC IRAP-Supported R&D Project for Non-Cyanide Gold Extraction Technology

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 22, 2026 - RZOLV Technologies Inc. (TSXV: RZL) (OTCQB: RZOLF) (FSE: S711) ("RZOLV" or the "Company") is pleased to announce that its wholly owned operating subsidiary, Innovation Mining Inc. ("Innovation Mining"), has completed its first research and development project supported by the National Research Council of Canada Industrial Research Assistance Program ("NRC IRAP").

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings