the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dr Wan Azizah gesa siasatan menyeluruh kematian kucing di UM

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa tindakan serta-merta dan siasatan menyeluruh dilaksanakan, untuk mengenal pasti punca kematian kucing yang ditemukan dalam keadaan ngeri di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.

Beliau yang juga isteri Perdana Menteri mengecam sekeras-kerasnya kelakuan penganiayaan terhadap haiwan berkata siasatan itu perlu, bagi memastikan insiden yang bertentangan nilai kemanusiaan dan melanggar undang-undang, tidak berulang.

“Siasatan teliti yang dilaksanakan akan mengambil kira semua fakta kes terutamanya penemuan kesan bahagian tubuh kucing yang seperti dipotong,” katanya yang turut menyuarakan kebimbangan dan rasa terkejut dengan insiden menyayat hati itu.

Dr Wan Azizah berkata demikian menerusi kenyataan dibacakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin, pada sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Beliau juga menggesa UM meningkatkan peranan dan keberkesanan entiti Universiti Malaya Animal Guardians yang ditubuhkan pada Ogos lepas, dengan melibatkan pihak mempunyai kepakaran seperti persatuan pencinta haiwan serta polis.

Pada sidang media itu, Azman yang juga Penaung Persatuan Rakan Kucing Malaysia berkata pihaknya khuatir insiden itu boleh membawa kepada masalah lebih besar pada masa akan datang, jika kejadian yang berlaku tidak disiasat secara terperinci.

Sementara itu, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Dr Arie Dwi Andika yang juga Penganalisis Jenayah Haiwan daripada Malaysia Animal Law and Operational Security Compliance (MALOSC) berkata Akta Kebajikan Haiwan 2015 boleh digunakan, jika terdapat elemen jenayah melibatkan perlakuan manusia dalam kejadian itu kerana berpandangan kematian itu tidak disebabkan serangan hidupan liar.

Di PUTRAJAYA, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menerusi kenyataan mengesahkan menerima aduan dua kejadian berasingan berkaitan kematian kucing didakwa berlaku di beberapa lokasi dalam universiti tersebut.

Aduan pertama pada 17 Dis, melibatkan kejadian di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, namun Pasukan Unit Kebajikan Haiwan DVS Wilayah Persekutuan yang menjalankan siasatan pada hari sama dimaklumkan oleh pengurusan UM bahawa kejadian sebenar ialah pada 12 Dis dan bangkai kucing telah ditanam.

“Pihak pengurusan universiti memaklumkan tiada saksi melihat kejadian dan tiada kamera litar tertutup (CCTV) pada bangunan itu. Pemeriksaan terhadap bangkai kucing yang digali menunjukkan bangkai sudah terurai dan tidak boleh dilakukan bedah siasat bagi mengesahkan kejadian sebenar,” menurut kenyataan itu.

Aduan kedua pada 20 Dis pula melibatkan kematian empat kucing di lokasi berbeza sekitar kampus, namun siasatan pada hari sama tidak menjumpai sebarang karkas, darah atau apa-apa bukti berkaitan kematian kucing yang dilaporkan.

DVS memaklumkan maklumat daripada pengurusan keselamatan UM menyatakan bangkai kucing tersebut didakwa telah dihantar ke klinik veterinar yang tidak dikenal pasti oleh wakil Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), namun pasukan penyiasat gagal mendapatkan maklumat daripada wakil tersebut pada hari itu.

DVS menyeru mereka yang mempunyai maklumat kezaliman haiwan membuat aduan rasmi kepada pihak berkuasa veterinar di awa.dvs.gov.my, agar tindakan dapat diambil selaras dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

Semalam, pengurusan UM memaklumkan telah membuat laporan polis berhubung insiden kematian kucing sekitar kampus universiti bagi membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut dan memastikan tindakan diambil jika terdapat unsur penganiayaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings