the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta – Ahmad

KOTA BHARU: Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata bagi jalan persekutuan terdapat 12 lokasi terjejas banjir yang mengakibatkan lapan tanah runtuh, dua bahu jalan runtuh dan dua jalan mendap yang memerlukan kos pembaikan dianggar RM16 juta.

“Bagi jalan negeri, terdapat empat lokasi terjejas mengakibatkan dua jalan runtuh, satu bahu jalan rosak dan satu jalan mendap dengan anggaran kos pembaikan RM6.5 juta,” katanya kepada pemberita di Pejabat Jabatan Kerja Raya negeri di sini hari ini.

Ahmad berkata peruntukan akan diusahakan melalui peruntukan tambahan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) atas sebab kerosakan akibat bencana dan sesuatu kerosakan lazimnya mengambil masa tiga bulan untuk diperbaiki.

“Banjir ada gelombang… gelombang satu, dua dan tiga. Kita terpaksa tunggu dan lihat dalam masa beberapa minggu dikhuatiri apabila kita baiki awal, berlaku lagi banjir,“ katanya.

Ahmad berkata Monsun Timur Laut yang melanda tahun ini tidak menjejaskan kemajuan projek utama di negeri ini seperti Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan Jalan Kota Bharu-Kuala Krai.

“Ketika kita memberikan projek-projek berkaitan, anggaran masa yang kita berikan kepada pihak yang mendapat projek seperti sekolah, jambatan, balai polis dan pusat kesihatan contohnya, mengambil kira Monsun Timur Laut.

“Sebagai contoh, stadium untuk Sukan Malaysia (SUKMA) di Bukit Merbau Pasir Putih dijangka siap 2026 dan hospital Bachok telah mula beroperasi semalam,” katanya.

Beliau berkata antara jalan negeri yang paling teruk terkesan ialah Jalan Gua Musang-Jelawang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani juga meminta membina satu jambatan Bailey, yang tidak dapat dilakukan kerana tiada jalan alternatif di situ.

“Kawasan itu tiada jalan alternatif dan tidak boleh dibuat lencongan kerana berada di kawasan tinggi. Jika dibina jambatan Bailey pun akan terpaksa dibuka kemudian, jadi lebih baik dibuat jambatan kekal,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings