the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

BHEUU JPM tubuh jawatankuasa kerja perkukuh sistem keadilan jenayah negara

KUALA LUMPUR: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menubuhkan Jawatankuasa Kerja Undang-Undang bersama Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) bagi terus memperkukuh sistem keadilan negara yang menyentuh isu jenayah siber dengan membabitkan kaedah moden.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata satu jawatankuasa khas antara kementerian dan agensi di bawah penyeliaan BHEUU JPM juga akan dibentuk bagi tujuan itu.

Ia antara lain untuk menyokong pembaharuan berterusan dalam perlindungan kanak-kanak, keadilan jenayah dan jenayah berkaitan siber seperti penggunaan kecerdasan buatan (AI).

“Suka saya maklumkan baru-baru ini, saya telah mengadakan perjumpaan dengan Ghada Fathi Waly iaitu Ketua Pengarah merangkap Pengarah Eksekutif Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna (UNOV) dan UNODC bersama dengan Ikram Mohammad Ibrahim iaitu Duta Besar Malaysia ke Republik Austria.

“Dalam perjumpaan ini, UNODC telah berkongsi mengenai cadangan Konvensyen Jenayah Siber Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pertama yang sedang dipertimbang oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di peringkat dasar bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Azalina berkata konvensyen baharu itu bertujuan menangani isu kritikal termasuk penderaan seksual kanak-kanak dalam talian, bahan penderaan seksual kanak-kanak dan penyebaran imej intim tanpa persetujuan.

Beliau berkata konvensyen itu dilihat sebagai langkah yang sangat penting dalam pencegahan dan penyiasatan jenayah siber serta bagi tujuan pendakwaan penjenayah siber.

Malah dalam usaha merealisasikan cadangan itu, Azalina berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan penubuhan Pasukan Reformasi Perundangan dalam ucapan Belanjawan 2025 pada 18 Okt lepas sebagai antara komitmen berterusan kerajaan bagi memperkasa pembaharuan undang-undang dan akta lapuk di Malaysia.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Axis-REIT to acquire City-Link’s Bandar Saujana Putra distribution hub for RM128m

The RM128mil acquisition deepens Axis-REIT's exposure to Malaysia's growing logistics and industrial sector, buoyed by e-commerce expansion and rising demand for last-mile delivery. For City-Link Express, the sale-and-leaseback unlocks capital from a mature asset to fund technology, network and talent investments — while keeping the site as its operational headquarters.

EVB Successfully Concludes Power2Drive Europe 2026 With Advanced EV Charging Solutions

MUNICH, GERMANY - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - EVB successfully concluded its June 23–25 exhibition at Power2Drive Europe 2026 at Messe München, where it connected with global industry professionals and highlighted its latest EV charging, energy storage, and power management solutions for cleaner, smarter, and more efficient energy systems.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings