the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

‘Aplikasi Friends of Sabah’ bantu beri bantuan pantas kepada pelancong – ESSCOM

LAHAD DATU: Aplikasi Friends of Sabah (FoS) yang bakal dilancarkan mampu membantu dalam memberi bantuan pantas terutama berdepan situasi kecemasan kepada pelancong yang berkunjung ke negeri ini, khususnya di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSZONE).

Komander Eastern Security Sabah Command (ESSCOM) Datuk Victor Sanjos berkata FoS kini memulakan fasa percubaan dalam tempoh enam hingga tujuh bulan bagi menambah baik aplikasi itu yang dibangunkan bersama kerajaan Sabah dan IT Collection Sdn Bhd sebelum ia dilancarkan.

Beliau berkata melalui aplikasi itu maklumat keberadaan pelancong di ESSCOM dapat dipantau yang seterusnya menjamin keselamatan pelancong.

“Aplikasi ini bukan bertujuan mengintip pergerakan pelancong tetapi lebih kepada memudahkan komunikasi antara pelancong dan pasukan keselamatan sekiranya berlaku perkara tidak diingini serta dapat memberikan bantuan segera apabila memerlukan.

“Melalui aplikasi ini juga turut disediakan nombor telefon kecemasan seperti balai polis, balai bomba dan hospital terdekat sekiranya pengguna mempunyai kecemasan lain,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Prapelancaran FoS di sini hari ini.

Victor berkata beliau akan membentangkan kepada Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah bagi menilai keperluan mewajibkan pelancong untuk memuat turun aplikasi ini sepanjang mereka berada di Sabah.

“Kita berharap agar dengan adanya aplikasi ini pelancong yang berkunjung ke pantai timur Sabah dapat menikmati keindahan flora dan fauna serta merasai kemesraan orang Sabah dengan hati yang tenang,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand Launches FastPass Program, Unlocking USD 21 billion in Strategic High-Tech Investment

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Prime Minister Anutin Charnvirakul formally launched Thailand FastPass at Government House, mobilizing over USD 21 billion (approximately 700 billion baht) in strategic high-tech investment.

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings