the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sukan SEA 2027: Pulau Pinang setuju peruntuk RM15 juta anjur snuker, biliard

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan memperuntukkan RM15 juta bagi penganjuran sukan snuker dan biliard pada Sukan SEA 2027.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi Zi Sen berkata bagaimanapun pada peringkat ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jawatankuasa Penganjuran sedang memperhalusi cadangan untuk menambah beberapa sukan indoor menerusi peruntukan yang dipersetujui.

“Perkara ini akan turut mengambil kira kesesuaian kemudahan sukan sedia ada yang terdapat di Pulau Pinang,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Lee Khai Loon (PH-Machang Bubuk) mengenai anggaran kos penganjuran yang perlu ditanggung Pulau Pinang serta anggaran keuntungan atau impak ekonomi yang dapat dijana selain acara sukan yang akan diadakan di negeri itu mengikut lokasi dan taraf kemudahan sukan.

Gooi memaklumkan kerajaan negeri telah menghantar permohonan kepada KBS bagi menganjurkan snuker di Akademi Biliard dan Snuker Wilayah Utara di Bayan Baru dekat sini.

Beliau berkata akademi itu juga mempunyai kemudahan sukan lain dan penginapan di lokaliti serta aktiviti ekonomi setempat yang strategik, namun perbincangan selanjutnya akan diadakan bersama KBS serta negeri penganjur lain.

Gooi berkata penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi tempatan menerusi pelancongan, penjualan tiket, penajaan korporat sekali gus meningkatkan imej dan reputasi negeri serta negara di peringkat global.

“Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), pelancongan sukan mempunyai keupayaan untuk menjana pendapatan yang dianggarkan RM5 bilion setiap tahun untuk Malaysia,” katanya.

Malaysia bersetuju menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dan ia merupakan penganjuran bersama Sarawak dan Pulau Pinang setakat ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MASA Singapore 2026 Presents Indonesia’s Creative Movement Across Takashimaya Square and Gardens by the...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - MASA Singapore 2026, a multidisciplinary cultural movement celebrating Indonesia's contemporary creative movement, will take place from 2 July to 10 August 2026 across Takashimaya Square and Gardens by the Bay in Singapore.

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings