the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata mesyuarat sekretariat Kerajaan Perpaduan yang diadakan baru-baru ini telah memutuskan bahawa kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH) akan diperkukuhkan di peringkat negeri, termasuk di Sabah.

“Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengerusi gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, asasnya adalah kolaborasi antara PH dan BN. Itulah asasnya.

“Perkara ini perlu diperkukuhkan di peringkat pusat dan negeri, dan ini juga akan berlaku di Sabah,“ katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Bilangan 2/2024 dan Pelancaran Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2023 di bangunan Parlimen hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin bahawa BN Sabah bersedia untuk bergerak solo pada PRN negeri tersebut.

Mengenai kenyataan Parti Amanah Negara (Amanah) Johor yang bersedia untuk bertanding di 20 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang, Ahmad Zahid berkata ia adalah kenyataan yang bersifat peribadi.

“Saya telah menyatakan bahawa selagi pengerusi, presiden atau setiausaha agung mana-mana parti belum dan tidak mengeluarkan kenyataan, kita anggap kenyataan itu adalah pendapat peribadi bukan dasar parti,“ katanya.

Semalam, Timbalan Pengerusi Amanah Johor Dzulkefly Ahmad, berkata parti tersebut tidak menolak kemungkinan berlakunya pertembungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang, memandangkan Johor masih belum membentuk Kerajaan Perpaduan.

Dzulkefly turut menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 20 kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, sama ada bersama BN atau dalam gabungan asal PH.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PEOPLElogy shareholders back board and strategy at second AGM

Fresh off a strategic partnership with Pulsifi, PEOPLElogy is sharpening its push toward an intelligence-led workforce model through GOAL by PEOPLElogy — delivering AI-powered talent intelligence, workforce analytics, and data-driven talent development to organisations rethinking how they plan and grow their people.

Solar District Cooling to sharpen focus on recurring income, project execution

Backed by national policies such as the National Energy Transition Roadmap and the Energy Efficiency and Conservation Act, Solar District Cooling is well-positioned to capture structural growth in sustainable infrastructure through its building management systems, solar thermal and solar PV capabilities.

Well Link Life Successfully Issued USD200mm 10-year Tier 2 Capital Bonds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Well Link Life Insurance Company Limited ("Well Link Life", BBB- by S&P / BBB by Fitch) successfully issued USD200mm 10-year (Non-callable 5-year) Tier 2 capital bonds ("the Bonds") in the international market. The Bonds have a coupon rate of 7.875%, and are rated BB+ by S&P / BB+ by Fitch.

Klemeru South: EADEPRO Development builds Perak’s first solar-powered green township in Ipoh’s Klebang-Meru corridor...

EADEPRO Development is expanding Klemeru Ipoh, a 120-acre solar-powered township in Perak's Klebang-Meru corridor. Featuring built-in solar systems, EV-ready infrastructure, modern amenities and strong connectivity, the project aims to support sustainable living while advancing Malaysia's net-zero and energy transition goals.

Matrix Robotics Debuts at Dalian Summer Davos as Sole Humanoid Robotics Service Provider, with...

DALIAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - The World Economic Forum's 17th Annual Meeting of the New Champions, also known as Summer Davos, opened on June 23 at the Dalian International Conference Center.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings