the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kastam Kedah rampas 27,336 liter minuman keras

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

ALOR SETAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah berjaya mematahkan sindiket penyeludupan minuman keras selepas merampas 27,336 liter minuman keras pelbagai jenama dalam pemeriksaan terhadap sebuah treler di Port Klang, Selangor pada Jumaat lalu.

Pengarah Kastam Kedah Nor Izah Abd Latiff berkata bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dari Cawangan Penguatkuasaan Sungai Petani dengan bantuan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) telah memeriksa treler berkenaan pada pukul 3.45 pagi.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai sejumlah minuman keras pelbagai jenis dan jenama yang disyaki diimport dan bir yang yang berstatus Malaysia Duti Not Paid (MDNP) dengan anggaran nilai RM281,454 dan melibatkan sebanyak RM611,097 duit/cukai telah disita.

“Setelah hampir satu jam menunggu, tiada individu yang tampil sebagai pemilik lori atau barangan berkenaan…lori itu ditinggalkan berkunci dan tiada sebarang dokumen pengimportan ditemui bersama kesemua barangan yang disita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata modus operandi yang diguna pakai adalah dengan menyalahgunakan fasiliti di bawah Perintah Duti Kastam (Pengecualiaan) 2022 dengan menyeludup minuman keras tanpa prosedur pengimportan yang sah bagi penjualan di pasaran tempatan.

“Minuman keras berstatus MDNP itu adalah untuk pasaran Pulau Bebas Cukai di mana pengecualian duit/cukai tertakluk kepada jenis dan syarat tertentu. Kesemua minuman keras yang dirampas itu telah dibawa ke Pejabat Penguatkuasaan Sungai Petani untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. Orang ramai diminta membantu Kastam memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan melalui talian bebas tol Kastam di 1-800-88-8855 atau ke Pejabat Kastam yang berdekatan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img