the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MOF bekerjasama dengan KPM salur bantuan percepat operasi sekolah terjejas banjir

ALOR SETAR: Kementerian Kewangan (MOF) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menyalurkan bantuan segera bagi membaik pulih sekolah yang terjejas akibat banjir.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata langkah itu bertujuan membolehkan sekolah yang terlibat dapat kembali beroperasi secepat mungkin.

“Hari ini, Skuad Ihsan MADANI MOF bersama 120 ahli turun padang melakukan pembersihan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lengkuas, SK Suka Menanti, SK Seri Amar Diraja dan Klinik Desa Sungai Baru.

“Skuad ini diaktifkan bagi misi pascabanjir dalam membantu aspek pembersihan, penghantaran bantuan makanan serta bantuan lain yang bersesuaian,“ katanya selepas meninjau Skuad Ihsan MADANI MOF membersihkan kesan banjir di SK Lengkuas dekat sini hari ini.

Beliau berkata skuad berkenaan terdiri daripada tenaga kerja MOF, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM), CIMB Bank dan GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN).

Amir Hamzah berkata melalui program itu juga bantuan dapat disampaikan dengan segera, terus kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bahawa mereka yang terkesan dengan musibah seperti banjir ini diberikan bantuan dengan segera tanpa banyak birokrasi supaya mereka boleh segera kembali kepada kehidupan harian mereka,“ katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya juga mengambil kesempatan meninjau kerja-kerja pemulihan banjir di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dekat sini.

Dalam lawatan hari ini, MOF turut menyampaikan sumbangan penggantian permaidani bagi Masjid Suka Menanti dan Masjid Kariah Derang manakala sebanyak 1,300 bantuan bakul makanan turut diberikan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) SK Gunung dan SK Sri Gunung.

Bantuan lain termasuk keperluan pembersihan diri, tilam, tikar, penggantian peralatan rosak di masjid, jet air, but kalis air, sarung tangan dan topeng muka untuk kegunaan semasa kerja-kerja pembersihan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group to Announce 2026 Half Year Financial Results and Host Analyst Presentation...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - DFI Retail Group Holdings Limited will announce its 2026 Half Year Results after market close on 28 July 2026, followed by an analyst presentation live webcast on 29 July 2026.

PH cautious over potential vote shift in seats not contested by PN

Pakatan Harapan (PH) is taking a cautious approach in facing contests in the 23 constituencies where Perikatan Nasional (PN) is not fielding candidates in the Johor state election.

Kai Tak Sports Park Claims Top Honour

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The winners of the Quality Building Award 2026 (QBA 2026) were announced and presented at a ceremony held last Friday (26 June) at the Hong Kong Convention and Exhibition Centre.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings